Sehari dua ini rakyat disesakkan dengan isu kalimah ALlah. Punca dan gara-gara mahkamah Malaysia membenarkan permohonan pihak gereja Herald menggunakan sama kalimah ini. Cara guna dan tujuan guna masih kabur. Umat Islam Malaysia sebahagian besarnya dikejutkan dengan pemakaian dan guna sama istilah ini. Sebenarnya tuntutan kalimah ALlah oleh pihak gereja adalah sudah lama dan terlalu lama. Cuma kali ini demi kebebasan, dan luar kawalan atau tidak kawalan pihak tertentu kes ini di bawa oleh pihak gereja ke muka pengadilan. jalannya adalah melalui mahkamah. Inipun adalah hak dalam perlembagaan bawah 1Malaysia.
Maka hasil manifestasi rasa sayang dan rasa tanggungjawab, umat Islam Malaysia mengadakan demo bantahan di seluruh negara selepas solat Jumaat. kerajaan yang perihatian memberi laluan mudah pada demo bagi melepaskan hajat kemarahan.
Malah media milik UMNO mengiklankan dan membuat lapor langsung, ditokok dengan media elektronik membangkitkan semarak gelombang isu ini.
Ketara dengan tindakan itu, gereja dimangsakan dengan cara membakar. lambang kemarahan umat Islam. Maka moral dan jejeaslah semua umat islam yang selama ini dilabelkan AS sebagai terroris dicalarkan dengan isu ini. Maka Malaysia dimediakan oleh dunia luar bangun dan bangkit gelombang anti agama kristian.
Hasilnya dalam negeri UMNO dan Umat Islam Melayu Malaysia juara dimata rakyat. Maka terhasil slogan baru UMNO ia adalah Juara Rakyat. Walhal dalam masa yang sama Malaysia dimata dunia sudah tercalar.
Inilah Malaysia tanahair ku. Malaysia.
Hasilnya dalam negeri UMNO dan Umat Islam Melayu Malaysia juara dimata rakyat. Maka terhasil slogan baru UMNO ia adalah Juara Rakyat. Walhal dalam masa yang sama Malaysia dimata dunia sudah tercalar.
Inilah Malaysia tanahair ku. Malaysia.
No comments:
Post a Comment