Monday, December 14, 2009

UMNO semakin membusuk, pekungnya menjadi kohong ?


Hari ini media utama berbahasa Malaysia terus membelasah kerajaan Pakatan Rakyat secara umum. Dan mereka memberi satu dua contoh kegagalan memimpin isu, sebagai sandaran hujahan yang selari dengan laporan serangan media eletronik. Serangan lebih kepada memberi fokus kepada Selangor, kerana Selangor dipimpin oleh Tan Sri Khalid yang secara langsung pada tahun pertama dinilai prestasi. Tanpa melihat kekangan dalaman sokongan staf kakitangan negeri dan pusat bagi memacu jentera pentadbiran kerajaan Selangor.

Dengan media menyimpulkan isu kuil di Seksyen 23 Shah Alam, lonjakan isu kerajaan perpaduan, perbalahan proksi group ulama dan pro dalam PAS, MP PKR yang melompat, kemenangan Bagan Pinang oleh BN direntetkan sebagai longgakan masalah utama kepada kerajaan PR.

Walhal jika disusun tertib bagaimana bilout kerajaan Pusat dengan merompak duit Khazanah, Tabung Haji, Perkeso, dan lain-lain institusi negara bagi menyuntik dana kerajaan bawah kaedah penswastaan oleh syarikat-syarikat tertentu dalam semua projek mega jauh lebih menjolok mata dan membangkrapkan negara.

Pendedahan ini dibuat oleh YB Azan Ismail dalam mengulas baru-baru ini apa yang berlaku di Parlimen semasa beliau memberi Ceramah Penjelasan Isu-Isu Ekonomi di Kampung razali Kuantan baru-baru ini.


No comments: