Wednesday, December 09, 2009

Kesal dengan sikap MTD di Laluan LPT


Temerloh: Perisitiwa yang menarik, menyeksakan dalam diri penulis. Penulis dan rakan mahu ke Kuantan kerana ada urusan segera yang perlu diselesaikan.

Setiba jam 3.45 petang kereta rakan penulis rosak di KM 159.4 Lebuhraya LPT. Rakan penulis terus menghubungi ke talian kecemasan yang disediakan dan kami dijanjikan akan ditunda kenderaan dalam kadar segera. Agakan penulis secepat-cepat dalam masa satu jam sahaja. Ini kerana Lebuhraya LPT adalah lebuhraya baru dan para petugas amat cekap dan cepat.

Andaian dan agakan kami meleset sama sekali. Rakan penulis resah kerana kami belum solat asar lagi pada waktu itu. Jam kami sudah menunjukkan pukul 7 malam.

Untuk pengetahuan semua, ulat penunda kereta yang kami pelikkan boleh datang cepat dan segera, kerana tidak sampai 30 minit trak penunda swasta sudah sampai. Sebalik trak penunda LPT bawah MTD tidak kunjung tiba.

Persoalannya kenapa dan mengapa ulat ini boleh cepat. Bayangkan jika saudara mara kita orang lain yang membawa anak kecil, waktu tengah hari. Ini amat menyeksakan pengguna lebuhraya tersebut.

Sewajarnya peronda obsever yang lalu bukan sekadar membawa senyuman sahaja tetapi henaklah juga membawa sedikit minuman bagi pengguna yang ditimpa kemalangan. Walhal tax, cukai, kadar bayaran caj yang dikenakan lebuhraya cukup tinggi. Takkanlah dengan air mineral 4 dan 5 botol serta sedikit biskut boleh mempapa kedanakan MTD.

Inilah agakkan RAKYAT DIDAHULUKAN sememangnya rakyat lah yang terkena dahulu .

No comments: