Tuesday, December 01, 2009

Baca dan telaahan sendiri.

Apakah perasan anda membaca dua artikel di bawah. Inilah gambar 1 Malaysia yang cuba dipaparkan kepada kita.
Negara perlukan menyelesaikan permasalahan rakyat, rakyat diutamakan.
Lelaki ditahan guris gambar Sultan Perak
IPOH 30 Nov. - Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit mengguris gambar Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di bangunan Perak Turf Club, di sini dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan hasil maklumat daripada pengawal keselamatan di kelab tersebut selepas menyedari kejadian itu.

''Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam dan lelaki berkenaan ditahan di rumahnya di sini dua jam kemudian,'' katanya hari ini.

Azisman berkata, lelaki itu ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 425 iaitu khianat merosakkan harta awam.

"Kita belum mengetahui motif perbuatan lelaki itu mengguris dan merosakkan gambar Sultan dan ketika kejadian lelaki itu baru keluar dari kelab karaoke dan mabuk," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, polis menahan lima remaja berusia 15 hingga 18 tahun di bandar raya ini dipercayai terbabit dalam kegiatan samun.

Azisman berkata, lima lelaki itu ditahan dalam sebuah kereta Perodua Kembara yang ketika itu didapati dalam keadaan mencurigakan di kawasan Medan Ipoh Bestari, pada pukul 2 pagi, lima hari lepas.

''Selepas menyedari kehadiran polis, kereta yang dipandu seorang daripada remaja berkenaan melarikan diri dan mereka berjaya ditahan sejam kemudian selepas berlaku kejar mengejar,'' katanya.

Katanya, setelah pemeriksaan dijalankan didapati kesemua lelaki itu terlibat dalam beberapa siri kejadian samun awal pagi di sekitar kawasan bandar raya ini.
Polis turut merampas beberapa barang di dalam kereta tersebut iaitu sebilah pisau panjang, dua batang rotan, sebatang kayu hoki, sepasang sarung tangan hitam dan beberapa telefon bimbit.
Siasatan awal polis telah mengenalpasti sebanyak tiga kes samun dilakukan oleh remaja terbabit di kawasan Sungai Senam, Ampang Baru dan Tambun yang berlaku antara pukul 5 pagi hingga 7 pagi.

Kesemua remaja ditahan reman selama enam hari dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan. - BERNAMA
Perlu letak jawatan
KUALA LUMPUR 30 Nov. - Penganalisis politik menggesa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan berikutan tindak-tanduk politik beliau yang semakin menyeleweng daripada ideologi parti sehingga mencetuskan kegelisahan umat Islam.... Berita Penuh
Nik Aziz patut salahkan diri sendiri
KOTA BHARU 30 Nov. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya menyalahkan dirinya sendiri yang semakin menyimpang jauh apabila kepimpinannya mula dipertikaikan umum.... Berita Penuh

No comments: