Recently, Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) director of investigati
Tindakan proaktif SPRM amatlah dipuji dan dialu-alukan. Kini media melaporkan terdapat 41 fail siasatan akan dibuka, tetapi sejauhmanakah dibuka atau terbuka masih terlalu awal untuk diulas. Apapun kita masih berharap dan mengharapkan Pesuruhjaya SPRM yang diberi penarafan baru taraf perjawatan daripada Badan ke Suruhanjaya dapat terkesan tindakan mereka dihati rakyat.Maka selepas penarafan baru itu ketuanya yang bertaraf pesuruhjaya memaklumkan SPRM tidak memerlukan publisiti dan akan cuba mengelak untuk memberi perkahabaran terbuka kepada media. Itu janji beliau. Apa pun atas perkara itu kita amat hormati 'ketegasan' tersebut.
Sebaliknya dalam isu ini yang terkini mengikut menteri di JPM yang menjaga KPI Koh Tsu Koon. Penailian mata rakyat atau persepsi terhadap rakyat terlalu menfokuskan kepada 3 sektor yang memerosotkan kerajaan UBN adalah imej PDRM, SPRM dan yang menjadi sebahagian institusi penguatkuasa dalam masyarakat.
Berhubungn antara kebencian rakyat yang utama kepada kerajaan sekarang salah satu adalah soal integriti SPRM. Sewajarnya SPRM yang bertaraf Suruhanjaya yang tertakluk tadbiran terus bawah YDPA haruslah bertindak seperti yang sewajarnya. Hal ini diberi peringatan dalam Dewan Rakyat terdahulu oleh kumpulan barisan pembangkang . Wibawa ,ketegasan keterintegritian BPR waktu 1970-an, 1980-an dan 1990an katanya tidak 'dipersoal atau diperhatikan' oleh rakyat seserius zaman globalisasi ini.
Oleh itu 41 fail yang bakalan dibuka siasatan itu, wajar diteruskan dan dipercepatkan tindakannya, agar imej masyarakat kita (Malaysia) di mata dunia umumnya tidak dipersendakan, seumpama kita menyenda dan mencontohkan cerita-cerita masyarakat India, Bangla.
Laporan Ketua Audit Negara 2008: SPRM buka 41 fail siasatan
Sehingga hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka 41 fail siasatan berhubung pendedahan yang dibuat Laporan Ketua Audit Negara 2008.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau yakin SPRM akan melaksanakan tugasnya dengan profesional dan telus bagi membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak bersabar dan memberi peluang kepada SPRM untuk melaksanakan tugas mereka dengan lancar tanpa sebarang tekanan, katanya sewaktu menggulung perbahasan Bajet 2010 di Dewan Rakyat hari ini. - Utusan
No comments:
Post a Comment