Tuesday, November 24, 2009

Pas terima baik tindakan Tok Guru

Pas terima baik tindakan Tok Guru

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyokong tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan menantunya, Ir Mohd Ariffahmi Abd Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Pas Pusat sebelum ini telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Nik Abdul Aziz berhubung isu tersebut dan menyatakan pendirian bahawa Ariffahmi perlu meletak jawatan.

"Sememangnya itu pendirian Pas Pusat dalam beberapa siri pertemuan dengan Nik Aziz yang diketuai oleh Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri.

"Nik Aziz sendiri bersetuju dengan gesaan dan pendapat yang diberikan kepadanya dan beliau telah pun mengeluarkan arahan kepada Ariffahmi untuk meletak jawatan dan menantunya itu telah menyatakan persetujuan,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen semalam.

Ketika ditanya adakah isu itu berkait rapat dengan laporan sebuah akhbar bahawa Exco Kanan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa meletak jawatan, beliau berkata, ia langsung tidak mempunyai sebarang perkaitan.

No comments: