Thursday, October 08, 2009

UMNO tersesak dan tersesat SPR buka talian hayatnya ?

Sikap berdolak dalik SPR dengan apa yang dilakukan di Bagan Pinang menjadikan semakin kuat persepsi pembenci UMNO BN bahawa SPR memang sanggup diperalatkan dan menjadi alat kepada UMNO. Sekaligus adalah machinery UMNO secara langsung bagi menyambung legasi talian hayat UMNO untuk meneruskan sisa-sisa kuasa.

Dengan permainan SPR begini seolah-olah memberikan masa extra time kepada UMNO menjalankan kerja-kerja penipuan yang mana 'sentiasa' mendapat perlindungan daripada badan pelaksana pihak kerajaan ini.

Namun kelegaan UMNO belum menjamin kejayaan itu datang bergolek seperti yang mereka jangkakan, sementelahan UMNO kini sedang mengira dan menghitung jumlah undi POS menjadikan talian hayat nya.

UMNO cukup terdesak meletakkan Isa Samad, yang mana Isa sendiri tidak disukai pilihannya oleh mantan PM Dr M. Faktor Dr M juga adalah menjadi UMNO sudah berbelah bahagi. Justeru kekalahan yang diundang hampir dijelmakan, inilah yang semakin menyesakkan UMNO.


No comments: