Antara 200 sifat tercela dalam buku Syed Sabit adalah ego, angkuh, riak dan merasakan dirinya sahaja yang pandai. Sifat ini ada pada semua manusia dan pada semua zaman. Hal ini tidak lari daripada UMNO juga.
Sejak berkuasa selama hampir 52 tahun, UMNO sahaja merasakan mereka sahaja yang layak dan pandai memerintah Malaysia. Kini 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang, dan hari ini juag mengikut Dr M, negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat adalah negeri bermasalah dan dengan ada masalah maka sahlah Pakatan tiada kelayakan dan berkelayakan untuk memerintah. Walhal penilaian dan ukuran pandai atau tidak pandai memerintah itu diberi nilaian oleh UMNO sahaja dan bukan rakyat.
Dalam hal ini, sejak dahulu lagi bayangkan khurafat UMNO sahaja yang boleh memerintah negara Malaysia sudahpun berakhir. Khurafat ini kini rakyat tolak, kerana apa-apa pun rakyat atau pengundilah yang melayak atau tidak melayakkan sesutau kumpulan itu dapat memerintah atau sebaliknya.
Rakyat kembali muak kerana UMNO itu sendiri sudah 'gagal' dan sudah pun 'kotor'. Bayangkan orang yang gagal dan kotor boleh bercakap soal mereka ada kelayakan menerajui negara.

No comments:
Post a Comment