Satu perkembangan menarik dalam negara kita adalah kini adalah soal integriti. Terbaru media mendedahkan kepada umum bahawa hasil kerja-kerja pengauditan akuan oleh audit Negara, banyak jumpaan kes perbelanjaan yang mencurigakan dan tidak munasabah.
Dapatan ini macam biasa mengejutkan banyak pihak, tetapi sedikit malang kerja-kerja pendedahan kepincangan juga terpilih-pilih dan dipilih untuk didedahkan. Media khasnya Utusan hari ini melaporkan Pengarah JPN Kelantan diarahkan oleh Ketua Pengarah KPM menyioap dan menghantar laporan lengkap tentang pembelian 89 anak pokok hiasan bagi SK Kg Jawa 2 yang bernilai lebih RM 37,450 walhal jumlah dan pokok yang sama dibekalkan kepada sebuah sekolah menengah di negeri yang sama cum RM5,885 sahaja.
Pengarah JPN Kelantan menjawab urusan pembekalan itu adalah direct langsung daripada KPM sendiri. Apa hal permainan semacam ini. Bagaimana pula perbelanjaan lain-lain bagi negari-negeri yang lain ?
Jika media bersikap lunak begini kebencian rakyat dan rasa muak rakyat dengan hidangan terjahan pendedahan beragenda yang boleh diagak-agakkan tidak ke mana. Akhirnya usaha kita untuk memulihkan masyarakat supaya kembali kepada tanggungjawab, amanah, berprinsip, jujur dan nilai-nilai murni wajib diamalkan menjadikan sebagai nyayian lagu-lagu lama, berakhir dengan kemurkaan Allah atas kerosakan-kerosakan kita lakukan.
No comments:
Post a Comment