Saturday, October 17, 2009

Khairy berjaya curi tumpu perwakilan UMNO?

Pemuda UMNO semakin 'kelakar' zaman Khairy. Demi mahu menjadikan diri beliau sebagai seorang libaliti pemuda maka beliau menghasilkan idea yang terlalu provakatif dalam negara. UMNO sudah ada Pemuda Tahan Lasak, UMNO sudah ada Skuad Gagak Hitam dan bermacam-macam lagi , semata-mata mahu berdepan dan bertembung dengan lawan tradisinya PAS.

Semalam Khairy Jamaluddin berjaya mencuri tumpuan media. Khairy mahu membuktikan prestasinya jauh lebih kehadapan daripada bekas ketuanya Hishamuddin Hussin. Maka dibomnya di Dewan PWTC dengan idea yang 'memukau' dan meremang bulu roma orang yang hadir dan mendengar ucapan beliau.

Mungkin Samy Vellu senyum saja melihat 'kehebatan' auta Khairy Jamaluddin itu kot.





Pemuda UMNO tubuh 'bilik perang'


KHAIRY berucap pada sesi penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO ke-60 di PWTC semalam.


KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO akan menubuhkan 'bilik perang' bagi menyusun serta mengatur strategi bagi membujuk rakyat terutama pengundi muda untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dianggarkan lebih tujuh juta pengundi muda layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti dan mereka akan mempengaruhi jatuh dan bangunnya UMNO dan BN di persada politik tanah air.

"Bagi memastikan BN dan UMNO terus relevan kepada golongan muda, Pemuda UMNO perlu membuktikan kepada golongan muda bahawa UMNO benar-benar mendampingi, memahami serta bekerja untuk memenuhi tuntutan keperluan dan masa depan mereka,'' katanya dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2009 di PWTC di sini semalam.

Dalam usaha mencapai satu penunjuk prestasi utama yang ditetapkan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau berkata, pendekatan Pemuda UMNO tidak seharusnya hanya tertumpu kepada penyelesaian masalah dan bantuan kebajikan berdasarkan sumber fiskal negara semata-mata.

"Kita juga harus mendampingi mereka dengan wadah media yang kontemporari dengan golongan muda. Suka atau tidak, sedar atau tidak, kebanyakan orang muda mendapat sumber maklumat dan buah fikiran daripada saluran-saluran media baru, terutama Internet,'' katanya.

No comments: