Lazimnya saranan PAS tidak diendahkan. Terkini terbaru PAS mohon supaya Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan tidak disambung kontraknya lagi yang akan berakhir pada 14 September ini. Gesaan lisan itu dibuat oleh Naib Presiden PAS Dato Mahfoz Omar.
Alasan beliau, adalah kerana Malaysia (PDRM) termasuk pembersihan ke atas semua anggota yang didakwa terlibat dengan kumpulan kongsi gelap seperti yang pernah didakwa.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan yang membabitkan Musa sendiri.
Penubuhan suruhanjaya berkenaan penting ujarnya kerana pihak polis sendiri tidak berupaya menyiasat kes membabitkan pasukan polis dengan kumpulan kongsi gelap.
"Saya mintak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan membabitkan ketua polis negara sendiri.Ia tak boleh lagi disiasat oleh polis sendiri kerana polis sendiri tak dapat menyiasat kes yang membabitkan penglibatan polis dengan kumpulan kongsi gelap," katanya.
Mahfuz juga yakin masih ramai calon yang layak menggantikan tempat Musa sebagai Ketua Polis Negara.
"Saya percaya sudah tentu ada calon yang terbaik dalam negara kita dan itu kita serah kepada Yang Dipertuan Agong untuk mempertimbang calon-calon di kalangan pegawai polis yang mempunyai integriti yang tinggi," katanya.
Pada 2007, Musa Hassan didakwa terbabit menerima suapan sebanyak RM2.1 juta bagi melepaskan sekumpulan gengster.
Blogger Raja Petra Kamaruddin dalam blognya Malaysia Today Sabtu lalu pula menyiarkan akuan bersumpah yang didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa.
Antara dakwaan pegawai polis itu, Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka.
Beliau juga mendakwa diarahkan untuk menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh (ketua sindiket) BK Tan.
Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga kepala penjenayah.
Sehubungan itu, Mahfuz meminta kerajaan mempertimbang cadanagn untuk menyambung perkhidmatan Musa yang jelas tecalar dengan dakwaan-dakwaan negatif
No comments:
Post a Comment