Negara kita sentiasa dipagari dan dipenuhi dengan akta bagi menjamin kesejehteraan dan keamanan kerajaan yang sedia ada memerintah. Bukti dan gambaran perjalanan akta adalah unuk memberi input kpada rakyat pemerintah atau kerajaan sentiasa adil dan amat berlaku adil. Tindakan kerajaan yang adil adalah kemuncak menteri yang berkenaan membebaskan 6 tahanan ISA menjelang hari raya aidil fitri baru-baru ini. Kebetulan yang dibebaskan itu pula adalah rata-rata mereka yang beragama Islam dan mereka merengkok dalam tahanan mental ISA itu lebih 5 tahun.
Persoalannya adakan mereka itu sudah atau telah dipulihkan atau pun mereka itu juga sudah pulih. Ini adalah nilaian subjektif kepada penilainya. Maka nilaian ini hanya mereka yang berkuasa sahaja atau berkuasa sahaja berhak menilainya. Jelas akta ini adalah satu bentuk manipulasi yang terlalu subjektif dan amat relatif dari segi menghukum dn menilai hukumnya.
Apapun pemerintah yang ada amat popular bertindak bawah akta ini, dan mereka nampak memanfaatkan akta tersebut dengan maksimum. Mangsannya adalah kumpulan penentang legasi kerajaan yang ada. Impakknya ratusan individu ditahan tanpa bicara. Dan jelaslah mengundang ketidakadilan kepada para mangsa atau tersebut oleh kumpulan pemangsanya.
Kini Akta yang bakal diangkat sebagai pemagar keselamatan kerajaan UMNO BN adalah OSA. Isu terbaru PM yang melahirkan rasa kekesalan bilamana maklumat 'kebocoran' bahan bukti sulit isu itu ke Kabinet didedahkan kepada umum. Rentetan itu, seramai 5 orang pegawai kanan dipanggil untuk disoalsiasat.
Kes ini, macamlah analogi mudah di bawah ini, iaitu sekarang ini pengutip zakat fitrah yang mengutip RM7 atau RM8 seorang disoalsiasat kenapa tidak mengutip dan memberikan zakat fitrah itu kepada kerajaan, berbanding dengan tiadanya siasatan ke mana perginya wang-wang zakat dibelanjakan dan siapa yang membelanjakan , saban tahun. maka adalah tidak salah jika rakyat hilang kepercayaan sistem penyampian kerajaan kepada 8 asnaf yang berhak menerima zakat. Sesudah 52 tahun merdeka rakyat marhein khasnya Melayu beragama Islam yang sepatutnya terbela bawah insitusi zakat dibela sebalaik terabai dan terdampar. Maka persoalannya ke mana wang zakat berkenaan itu dibelanjakan.
Maknanya kes ini serupalah dengan PKFZ . Kerajaan sibuk mengarahkan SPRM dan polis menyiasat siapakah yang membocorkan maklumat berkenaan kepada umum. Malah kesalahan membocorkan itu lebih bahaya daripada orang yeng menyeleweng duit PKFZ itu.
Inilah wajah sebenar malaysia, sisitem keadilan Malaysia, bentuk dan kaedah siasatan penyelesian ala Malaysia. Siasatan diutamakan pendakwaan dikemudiankan, kesalahan dan hukuman akhirnya ditiadakan.
Slogan mengarut dan kosong adalah penghias halwa telinga, menyedapkan percakapan mereka. maka menipu semua rakyat dan mengugut rakyat pula dengan OSA pula.
Jika kerajaan ikhlas telus dan berintegriti sepatutnya mereka yang didapati menyeleweng dan terbabit secara langsung dan tidak langsung boleh di ISAkan. Dan sila gunakan dan anggapkan mereka ini adalah subersif yang boleh mengancam serta merosakkan negara. Maka hendaknya ISA diperluaskan pemakaiannya.
No comments:
Post a Comment