Sunday, August 02, 2009

Wacana Politik Pahang antara UMNO vs PAS

Semasa berwacana politik bersama rakan penulis. Antara isu fokus pokok adalah menelusuri masalah di Pahang khasnya menilai semula kepimpinan Adnan Yaakob yang nampak jelas amat selesa dan tidak terancam langsung, makna cakapnya negeri-negeri lain di Malaysia dilanda hebat tsunami politik yang cukup teruk pada PRU12 jika dilihat keputusannya.

Kenapa dan mengapakah atau apakah rahsia kehebantan Nan dan UMNO Pahang dan apakah resepi Nan Yaakob yang nampak hebat itu. Walhal jika dihalusi dan dikaiscari masalah Pahang adalah sama dengan pentadbiran kerajaan negeri-negeri lain yang cukup kalut dan penuh bergelut juga UMNO di Pahang. Tapi nampak jelas ia selesa.

UMNO Pahang berjaya mendiamkan diri. UMNO Pahang berjaya menjinakkan PAS Pahang sebagai musuh tradisi. Strategi PAS Pahang berjaya dilemahkan. Cakap-cakap politik mengatakan dan menyalahkan masyarakat FELDA kerana rata-rata undi FELDA aadalah undi killer kepada PAS bagi di negeri Pahang.

Sejauhmanakah kebenaran tersebut dapat dibuktikan dan apakah ada bukti FELDA dan masyarakatnya menyumbang kegagalan kepada PAS di Pahang. Jika begitu ,kenapakah masyarakat Felda amat terhutang budi dan semacam berterima kasih amat sangat kepada UMNO. Adakah generasi pertama, kedua Felda ini terlalu taksub dengan UMNO. Walhal masyarakat Felda terus terkongkong dan dikongkongi Felda. Maslaah harga buah sawit , geran, potonagan tanam semula, gerakan koperasi selain masalah sosial adalah warna warni politik Felda. Tetapi masyarakat Felda masih lagi kuat mengokot menyanjungi pundak UMNO.


Atau samada PAS Pahang tidak cukup kuat. PAS Pahang gagal menyakinkan rakyat dan rakyat kurang yakin akan kebolehan dan kemampuan PAS di Pahang. Semua persoalan-persoalan ini harus siapakah yang mencari jawapannya.

No comments: