Sunday, August 02, 2009

Tuntutan kerjasama Pakatan Rakyat, maksmiakah ?

Orang melihat rutin perbalahan PAS adalah soal yang berkisar dengan paksi persoalan Islam dan kesilaman, perebutan kerusi majoriti kawasan melayu, siri pusingan pilihanraya yang berwara warni dan semua berkisar dan berputar soal sedemikian. Walhal secara tidak sedar PAS mempunyai agenda lebih besar khasnya mendaulatkan dakwah Islam, daulatkan dan angkatkan keadilan sejagat, zahir dan paparkan kesakasamaan Islam, tunjuk dan buktikan pembahagian ekonomi samarata tanpa prejudis, sistem pendidikan seimbang rohani dan jasmani bersifat universal, muamalah Islam dipraktikkan, perbankan islam yang tidak menindas serta semua menjamin ke arah kesejahteraan hidup manusia atasnya.


Slogan PAS silih berganti temanya, kini PAS For ALL atau Islam Untuk Semua. Di samping sebelumnya Negara Berkebajikan. Kelemahan serta kelembaban negara berkebajikan anjuran PAS bergerak dan dibuktikan tidaklah dapat dilihat dengan kadar segera dengan penilaian mata kasar. Jika dinilai begitu maka undangkan kegagalan. Apa pun kita akui kita merancang tetapi untuk gagal. banyak kali kita terkena patuk dan dipatuk daripada lubang yang sama. Melihat hal ini dalam masa 4 tahun adalah tidak mencukupi. Masa amat diperlukan berserta sokongan isntrument lain. Minta sedikit masa walaupun dah ada 52 tahun masanya. Walaupun demikian PAS wajar berusaha ke arah pembentukan tersebut dengan menggarap kekuatan, kelemahan, kelebihan dan peluang dengan sebaik mungkin dan semaksima mungkin. Insyallah orang yang tidak putus asa akan dapat kurniaan kemenagan.


Sejarahnya kegagalan demi kegagalan PAS dalam disiplin menjana ekonomi misalnya, sistem rangkaian koperasi spt KOHILAL menjadi 'tsunami hitam' yang menyentap seluruh sistem kepercayaan ahli dan masyarakat, atas gagal budaya urus kepercayaan tanpa curiga dalam parti memakan diri. Kegagalan fungsi penegur sebagai timbangtara yang berkesan. Budaya kecil hati dan jauh hati masih membusung dalam diri. Semua di atas sebagai contoh gambaran paparan kecil dijadikan sampel antara faktor-faktor penyumbang ke arah kemerosotan tersebut. Sementelahan penggarapan tersusun dan berkesan kerja-kerja tangan ghaib pemerintah yang sentiasa mengelapkan apa yang sudah mendung mejadikan kemelut PAS sebagai mangsa oleh nya selalu pemangsa adalah sesuatu yang lumrah. Inilah sepak terajang yang perlu dilalui dan ditangani sebaik mungkin PAS. Kini PAS diharap bertambah matang dan semakin matang.


Kini ujian politik seterusnya adalah Pilihanraya Kecil Permatang Pasir bawah parlimen Permatang Pauh. Melihat rekod dan sejarah PAS dapat kekalkan dengan mudah kerusi tersebut. Sekali lagi paparan kerjasama, pemaufakatan, tolong bantu, faham memahami, kerja dan berkerjasam dizahirkan secara praktik diterjemahkan di lapangan DUN Pematang Pasir.


Rakyat mahukan PAS terus menerus mengagendakan gerakan besar ke arah perubahan politik baru Malaysia. Politik Islam yang terurus dan dimartabatkan. Kini era islam mempimpin bukan dipimpin. Jaya atau tidak hasil kebijakasanaan terjemahan daripada PAS dan sekutu. Bukti cabaran awal kes PBT Selangor iaitu MBSA merampas arak daripada premis bukan Islam. Arak tersebut dikembalikan setelah ada campurtangan pihak tertentu dalam Pakatan rakyat. Nah hal ini minta diuruskan secara baik dan betul, penjelasan jelas.

No comments: