Tuesday, August 11, 2009

Parlimen Rompin patut dikosongkan JJ ?


Parlimen Rompin digegarkan oleh Peguam Muda. Isunya Dato Jamaluddin Jarjis dilantik sebagai DUBES ke US. Bagi mewakili dan menjaga kepentingan negara di US. Kita tentulah bersetuju dan berasa bangga kerana Najib masih ingat jasa orang Pahang. Sementelahan JJ adalah rakan baik dan penyokong setia Dato Seri PM.


Demi mengenang jasa dan sebagai membalas jasa atas kesetian JJ Najib hadiahkan jawatan DUBES ke US yang bertaraf menteri katanya. Maka apa nak jadi dengan tugas beliau sebagai Ahli Parlimen Rompin. Justeru dengan tindakan faham undang-undang maka Peguam Muda yang juga Ketua Penerangan DPP Pahang menyeru agar JJ meletakkan jawatan sebagai MP Rompin kerana secara tersendiri ada 'syak' bhawa berlaku pelanggaran dari segi undang-undang dan Perlembagaan negara.



Jika kes ini berlaku di luar negara, dengan etika serta pematuhan terhadap undang-undang dan perlembagaan cukup tinggi, dari segi tanggungjawab moralnya JJ sudah lama meletakkan jawatan. Tetapi alahai Malaysia..oh tanah air ku. Marilah kot mana pun hujan ribut taufan kata nak letak jauh sekali. Kalu boleh langkah mayat JJ dulu barulah kerusinya diserahkan kat orang lain. Inilah rupa dan wajah politik lama UMNO yang cukup hodoh dan menjijikkan.

1 comment:

Tok Pambu said...

Calun PAS dari PR P Pinang akan melalui jalan mudah untuk memenangai PRK di N11 Permatang Pasir.

Undi tetap untuk PAS sudah sedia ada dari kaum cina dan india sebanyak 27.55%, kini calun PAS cuma memerlukan undi kaum melayu sebanyak lebih kurang 30% sahaja pun sudah cukup untuk menang.

Kemenangan sudah pasti kepada PR, sepatutnya untuk menjimatkan wang negara, UMNO tidak perlu bertanding - sudah tentu pasti kalah.

Sekarang, walau dimana sahaja di adakan PRK tentu BN akan kalah.