Saturday, August 15, 2009

Mana dia slogan ,rakyat diutamakan?

Demi menghalalkan cara dan tindakan, tugas MP Rompin Dato JJ media hari ini tolong menyelesaikan maslaah rakyat khas kawasan Rompin bersabit dengan ketidaaan wakil rakyat parlimen mereka yang ditugaskan oleh negara ke US. maka Ustusan cadangkan rakyat dan JJ selesaikan permasalah melalui internet.

Inilah politik wajah 'baru' UMNO. Apa yang penting selesai. Maka ramaikan lagi 'kuli-kuli' dan balachi bagi menjadi lembu tunggangan JJ dan UMNO untuk memperbodohkan rakyat Rompin. Entahlah rakyat kawasan Rompin dapat terima.

Bagi penulis cadangkan kepada orang Rompin, minta sediakan robot JJ aje yang diukir sebiji macam JJ. Letakkan di pejabatnya di Rompin. Ini lebih baik berbanding dengan kaedah yang media cadangkan.

Bagi PAS dalam kenyataan Pesuruhjaya PAS Pahang semalam, terbit dalam Sinar Harian. Beliau minta kerusi parlimen Rompin dikosongkan, maka mohon dibuat pilihanraya kecil. Entahlah dalam Malaysia ada 1 juta orang UMNO, maka jasa-jasa baik JJ yang amat dinampaki dan dihargai , maka sebagai korban cinta, pilihanraya kecil tidak dapat dielakkan jika UMNO sayangkan rakyat dan utamakan rakyat.

Letaklah apa alasan seperti dalam akhbar hari ini, dari segi moral UMNO dan pimpinan negara jangan ingat setiap sen yang dibelanjakan itu terlepas begitu sahaja. Setiap tindakan rakyat harus diambil kira, dan kirakan keutamaan rakyat dahulu.

No comments: