Monday, August 10, 2009

LHDN minta kejar peniaga TAR, Jln Masjid India ?

Lagi info tentang Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos baru lalu. Sesudah himpunan itu diselesaikan dengan GMI bertembung dengan MAGARAN. Hasilnya seperti biasa Himpunan ISA diimpakkan membawa impak yang negatif kepada rakyat.
Dikatakan yang terkesan daripada Himpunan Mansuhkan ISA adalah kalangan para peniaga sekitar TAR, Chow Kit, Pertama Kompleks dan Pusat Beli Belah Sogo. Paling menarik kalangan peniaga adalah Mydin yang dakwa dia kekuragan hasil sebanyak RM500,000 satu hari (1 Ogos sahaja). Kemuda kumpulan para peniaga air, kain baju dll peniaga kecil di sekitar Masjid India dan Chow Kit serta TAR. Maka menteri Wilayah Persekutuan para peniaga rugi sekitar RM100 juta ke RM200 juta sehari.
Oleh itu, kita amat bersetuju sangat dengan Dr Lo Lo yang mohon supaya LHDN 'mengejar' para peniaga kecil kerana pendapatan mereka sehari boleh mencecah CEO Telekom atau CEO TNB atau CEO-CEO lain. Maka mereka patut dikejar oleh LHDN dan berikan Borang J untuk tidak mereka elakkan daripada membayar cukai kepada kerajaan.
Keduanya dengan lagak 'kegawatan' kerajaan 1Malaysia Najib bakalan akan memberi imbuhan 'kerugia' kepada para peniaga yang kehilangan sumber 1 hari yang mencecah RM100 juta dan RM200 juta itu dengan 'saguhati' menyokong mereka ke atas kerajaaan UMNO BN. Maka kita tunggulah sahaja akan lakunya itu.

No comments: