Wawasan berdegar-degar Najib , slogan keramat sejak menjadi PM Malaysia ke 6. Najib membawa konsep 1Malaysia. Maka seluruh perbuatan, gaya fikir, usaha diasak dan disesuaikan mahupun dikaitkan dengan konsep 1 Malaysia. Oleh itu, konsep 1Malaysia bukanlah baru dan tidaklah dipelikkan sangat, tetapi oleh kerana ia keluar daripada mulut PM maka ia dijadikan dan ia menjadi satu slogan keramat yang amat dibanggakan dan dibahaskan oleh kumpulan pemikir UMNO untuk disebarkan 'virus' 1 Malaysia kepada rakyat Malaysia.
Namun kita dikejutkan pula dengan WASIAT RAJA-RAJA MELAYU mungkin ambil roh persepakatan Demang Lebar Daun dengan Paduka Raja Melayu yang menjadi kebanggaan di dalam Sejarah Melayu. Maka Johan Jaafar yang tersengih semasa persidangan MRR Melayu inilah yang mengeluarkan 7 wasiat Raja-Raja Melayu.
Ditinjau daripada wasiat ini seolah-olah wasiat najib untuk 1Malaysia disanggah secara 'halus' oleh raja-raja Melayu. Maka para penyokong Najib nampak berdiam diri dan tidaklah mengerakkan wasiat dan wasan raja-raja ini menjadi agenda nasional.
maka jelas berlaku perlawanan antara raja-raja dan konsep 1Malaysia. Apa pun agenda Najiblah bakalan akan menang kerana dia mempunyai kuasa dan ada upaya untuk membuat, mengubah dan mengerakkan konsep yang diwawaskan olehnya.
Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :
Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.
No comments:
Post a Comment