Apa lagi yang dapat diharapkan daripada kerajaan pilihan kita. Sememanglah dalam perlembagaan negara ada kebebsan hak bersuara. Tetapi kata penentu dan kawalan adalah kerajaan. Rakyat serta semua syarikat koporat terletak dan termaktu bawah kerajaan juga. Jika kerajaan pun macam kita(rakyat) juga tidak dapat buat apa-apa. Justeru apalah guna kita lantik dan pilih dia sebagai kerajaan.
Terkini perbuatan Astro satu-satunya stesen televisyen berbayar yang tunggal di negara kita. Bulan ini mengenakan caj kepada pelanggan stesen ini kerana melanggan sukan katanya. Akibat kos pengurusan bayaran DUNIA tinggi maka kami caj atas KEPALA rakyat Malaysia.
Nah apa tindakan kita. Kita BOIKOT langgan ASTRO. Bukannya mati tidak dapat siaran bola EPL, Golf, Formula 1. Macam mana....kempenkan ?
KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melahirkan rasa kurang senang terhadap tindakan Astro mengenakan bayaran tambahan RM12 sebulan untuk pakej sukan Astro melalui bil bulan ini.
Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, kerajaan perlu meneliti semula syarat dan terma yang telah diberikan kepada Astro supaya syarikat televisyen berbayar itu tidak mengaut keuntungan tanpa memikirkan bebanan kepada pelanggan.
"Astro sepatutnya menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka kerana rancangan sukan adalah satu daripada cara untuk menggalakkan masyarakat menjalani gaya hidup sihat," katanya. - Bernama
1 comment:
Pada saya , kenaikan harga pakej sukan Astro memang keterlaluan. Alasannya ialah kenaikan kos.
Mungkin ada sedikit pertambahan kos antara Astro dengan pihak2 tertentu, tetapi saya yakin, peningkatan kos tersebut masih tidak menjejaskan pendapatan pihak Astro. Mereka cuma mahu "maintain" pendapatan mereka. Agak keterlaluan...
Post a Comment