Wednesday, July 01, 2009

Bila Rosmah jadi Wakil Rakyat ?

Ke manakah wakil rakyat UMNO ? Kenapa Rosmah Mansor bertindak macam wakil rakyat menyampaikan bantuan kebakaran. Kebiasaan isteri -isteri PM dulu-dulu aktif bergiat setakat dalam lingkungan BAKTI sahaja. Kenapa Bakti cepat daripada bantuan bencana bawah JKM bawah Sharizat, ke di Wilayah tiada JKM kena BAKTI datang ni yang pelik dan lagi pelik ni, mana pergi batang hidung Shahrizat Jalil kan beliau jaga kebajikan rakyat bertaraf menteri ? Rosmah oh Rosmah ..


Rosmah sampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran


KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berharap penduduk setinggan di Bukit B, Kampung Kerinchi di sini dapat berpindah ke projek perumahan rakyat yang telah disediakan kerajaan demi keselamatan dan keselesaan mereka.

"Saya harap dan merayu penduduk di sini apabila disuruh pindah, pindahlah untuk keselesaan," katanya kepada pemberita selepas melawat lima keluarga setinggan mangsa kebakaran pada Isnin lalu di Bukit B Kampung Kerinchi di sini, hari ini.

Kerajaan telah pun menyediakan rumah pangsa projek perumahan rakyat Seri Cempaka di Pantai Dalam sebagai sebahagian program pemindahan penduduk setinggan di kawasan itu dalam usaha mewujudkan sifar setinggan di Kuala Lumpur.

Rosmah yang juga Presiden Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) menyampaikan sumbangan badan berkenaan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga yang terbabit dalam kebakaran itu.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata baki 100 daripada 300 penduduk setinggan di kawasan itu dijangka dapat dipindahkan ke PPR Sri Cempaka pada pertengahan bulan ini.

Beliau berkata, sehingga hari ini lebih 200 penduduk di situ telah dipindahkan ke PPR Sri Cempaka dan DBKL hanya mengenakan ansuran bulanan RM120 kepada mereka.

Pada majlis itu, Raja Nong Chik yang juga Presiden Yayasan Wilayah Persekutuan turut menyampaikan sumbangan RM1,000 daripada yayasan itu kepada keluarga terbabit manakala Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail, pula menyampaikan bantuan RM1,000 serta surat tawaran untuk mendiami PPR Sri Cempaka. - Bernama

No comments: