Wednesday, June 17, 2009

Utama dan belajarlah Fiqh Alawyiyat

Kita bukan mahu PDRM atau SPRM siasat Dato yang terlibat dengan kumpulan Al Maunah, PKPM atau apa-apa sahaja berkaitan dengan hal ehwal agama yang condong dan menyeleweng. Sah lah mereka ini kaki sembahyang belaka, mereka ini tidak tebang dan larikan balak, mereka ini sahlah tidak dapat projek hasil pakej rangsangan RM6 juta baru-baru lalu yang diumumkan oleh PM selaku Menteri Kewangan yang baru sebelum Pak Lah diundurkan.

Mereka ini adalah kes-kes terpencil (media dan menteri selalu sebut macam tu). Bila ada apa -a apa sahaja , mestilah kenyatan yang popular adalah kes-kes terpencil tu. Hah.. inikan kes ternpencil sahaja, yang tidak mendesak, tidak berapa sangat melibatkan kepentingan awam, dan perlu disegerakan.

Justeru kita mahu disegerakan siasatan saman RM63juta, disegerakan kes-kes lain, pemilikan tanah oleh taikun-taikun termasuklah tengku Wong. Siasat jangan tidak siasat.

Enam termasuk Datuk disiasat di Pahang


KERATAN Kosmo! semalam.


KUANTAN - Kesemua enam lelaki termasuk ketua Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) yang ditahan dalam serbuan di Gombak, Selangor kelmarin telah diserahkan kepada polis negeri ini untuk siasatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Supritendan Zaini Jass berkata, kesemua suspek itu diserahkan kepada JSJK di sini bagi membantu siasatan berhubung kes yang dilaporkan pada 26 Mei lalu.

"Kita akan menjalankan siasatan terhadap kegiatan PKPM di sini bagi mengesahkan laporan serta dakwaan yang dikemukakan pengadu di sini," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada 26 Mei lalu, Kosmo! melaporkan PKPM yang pernah dilumpuhkan oleh polis enam tahun lalu didakwa aktif semula termasuk di Pahang.

Pertubuhan yang kononnya 'pasukan perisik kerajaan' itu ketika itu didakwa giat merekrut ahli baru di seluruh negara termasuk lebih 400 orang telah menyertai pasukan itu di Pahang.

Modus operandi PKPM adalah sama dengan pertubuhan itu pada tahun 2003 yang menawarkan gaji, elaun, pangkat, kuasa dan senjata api kepada mana-mana individu yang menyertai pasukan berslogan 'Bersatu Membanteras Dan Menentang Musuh Negara'.

No comments: