Monday, June 01, 2009

Terkini: Ah Long mewarni latar hidupan rakyat marhein !

Merakyatkan isu rakyat dalam isu-isu rakyat , perkara isu hidupan rakyat marhein sudah lama berlaku silih berganti dari satu isu ke isu lain. Daripada pembunuhan kejam kanak-kanak bawah umur, kepada kes ragut oleh mat rempit dan kini penyeksaan terancang oleh Ah Long dek hutang lapuk peminjam atau ceti moden mewarni hidupan rakyat. Penyeksaan ala penjara Guantanamo Cuba yang luar batas kemanusiaan memberi warna baru dan nilai baru dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini.



Walaupun negara gah tumbuh hebat institusi-institusi kewangan, rakyat masih lagi terpaksa memilih meminjam secara konvesional melalui kawan-kawan dan ceti moden (ah long) berbanding institusi-institusi kewangan berdaftar sedia ada.

Alasannya pelbagai, menarik skim ah long adalah MUDAH, dengan syarat-syarat yang dikenakan itu terlalu amat berisiko. Namun rakyat tiada pilihan dek kerana desakan hidup , mereka terpaksa meminjam bagi menyelesaikan permasalahan hidupan mereka.

Kerajaan mengambil sikap berpura-pura bertindak, mencakna dalam tempoh-tempoh tertentu sahaja bagi mengabui mata rakyat. Manakala rakyat terus dan terus memberi keyakinan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi terhadap kerajaan yang ada. Paling kuat tindakan kerajaan adalah sekadar mengkaji.

Mungkin kerajaan mahu tunggu lagi, barangkali selepas ini ah long akan bertindak membuka pusat tahanan sdn bhd dan membelakangkan dan mengampangan semua undang-undang negara.

Kita rakyat sudah puas menanti sesuatu jaminan, menunggukan pentadbiran khalifah Umar Abd Aziz entah di mana, walaupun yang memerintah itu adalah umat islam juga ?


MOF kaji skim elak along

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan akan mengkaji kemungkinan mewujudkan satu skim pinjaman kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap bagi mengelakkan golongan berkenaan daripada berhutang dengan along.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata masalah membabitkan along semakin meruncing dengan peminjam terpaksa menanggung kadar faedah yang terlalu tinggi serta terpaksa berdepan dengan cara kutipan yang tidak beretika.

"Kerajaan sedang memikirkan bagaimana cara terbaik untuk menangani masalah peminjam yang memerlukan dan terdesak tetapi tidak mempunyai pendapatan tetap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan Kepada Media anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini, hari ini.

Dr Awang Adek berkata demikian bagi mengulas cadangan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang meminta Kementerian Kewangan mencari jalan penyelesaian membantu orang ramai yang amat memerlukan pinjaman kecil.

Katanya, kerajaan kini menyediakan pelbagai jenis pinjaman termasuklah pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) bagi peminjam yang mahu menjalankan perniagaan dan Amanah Ikhtiar Malaysia bagi penduduk luar bandar. - Bernama

No comments: