Tuesday, June 02, 2009

Ah Long: Kerajaan berkira teruk daripada ah long lagi ?

Kekagetan dan rasa terkejut yang amat sangat masyarakat kelmarin, hasil pendedahan akhbar tentang kegiatan ah Long yang melampau mengundang perbahasan yang panjang. Melalui tindakannya yang merantai para peminjam kaki dan tengok ibarat seekor binatang tanpa dikasihi mendapat simpati semua pihak. Gara-gara pendedahan media itu, mengundang rasa bersalah daripada pimpinan atasan kelas pertama sehingga lah pimpinan masyarakat bawahan atau local.

Tindakan semerta, kelmarin juga kerajaan segera melalui kementeriannya Kementerian Kewangan (MOF) akan 'mengkaji' bentuk pinjaman mudah bagi memberi ruang dan peluang samarata kepada mereka yang berkesempitan wang atau mempunyai tanggungan beban kewangan mendesak diringankan bebanan tersebut.

Kerajaan nampak masih berkira-kira dengan rakyat tentang instrument terperinci bagi mana mereka yang diberi hutang itu akan membayar balik pinjaman berkenaan. Barang diingatkan rakyat meminjam duit kerajaan yang merupakan duit rakyat tidak akan memapakan serta membangkrapkan negara. negara bangkrap bukan disebabkan oleh rakyat tetapi oleh pemimpin yang rasuah.

Kita masih lagi kalut sekarang selepas isu BMF, pembelian senjata oleh Kementah, Depo Tentera di PD yang retak, Perwaja yang belum selesai dan terkini PKFZ yang cecah ratusan billion. Semua ini adalah contoh beberapa item wang diselewengkan oleh pimpinan kerajaan yang dipilih rakyat termasuk yang kena tangkap dek ah long kelmarain. Di mana jika wang berkenaan diberi pinjamkan dan walaupun rakyat tidak mampu bayar paling banyak adalah RM1 billion wang negara hangus oleh rakyat seramai 25 juta rakyat Malaysia yang dikira hitung mulai daripada yang ada dalam perut ibu kini sehingga usia 65 tahun dalam negara kita.


Justeru, rakyat yang ada janganlah terlalu berharap kerajaan dapat menyelesaikan masalah ah long mereka. Kerajaan BN hanya sekadar pandai berjanji sahaja. Inilah namanya janji manis semcama juga dalam pilihanraya yang sudah mencecah 12 kali selama 50 tahun.


Skim pinjaman individu dikaji

Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan sedang mengkaji untuk mewujudkan skim bagi membantu individu tidak mempunyai pekerjaan tetap mendapatkan pinjaman peribadi bagi mengelakkan golongan itu berhutang dengan along.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata kajian mendalam perlu dilakukan kerana perkara itu akan membabitkan banyak pihak antaranya kementeriannya sendiri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Bank Negara.

Katanya, cadangan itu akan diperhalusi supaya masyarakat tidak terbelenggu dengan pinjaman along berikutan kaedah pinjaman lebih mudah kerana tidak memerlukan penyata gaji.

“Jadi mungkin ini yang dicadangkan (Tan Sri) Lee Lam Thye untuk kerajaan melihat satu skim, yang mana kerajaan dapat membantu mereka (mengelak daripada mendapatkan pinjaman peribadi daripada along).

“Ini perlu kajian kerana apa-apa pinjaman yang kita bagi, kita kena dapatkan bayaran balik, jadi kalau kerja tak tetap, tak ada majikan yang potong gaji,” katanya selepas menghadiri Majlis Penghargaan Media anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan aktivis, Tan Sri Lee Lam Thye sebagai berkata, kerajaan perlu mencari jalan membantu orang ramai yang mahu mendapatkan pembiayaan peribadi bagi mengelakkan mereka daripada berhutang dengan along.

Pada majlis berkenaan, Berita Harian dan beberapa syarikat akhbar serta media baru seperti blogger menerima sijil penghargaan atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan selama ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Ketua Pengarah LHDN, Datuk Hasmah Abdullah.

Sementara itu, ditanya mengenai jumlah pihak yang gagal membayar cukai sehingga disenarai hitam untuk keluar negara, Awang Adek berkata, pihaknya menyedari rungutan mengenai perkara itu sehingga pernah menjadi isu.

“Dulu ada isu orang nak keluar negara susah. Apa yang dilakukan LHDN ialah menyelaras supaya (jumlah cukai) yang kecil, RM500 hingga RM1,000 kita cuba batalkan, bukan bermakna kita tak nak kutip duit itu, tapi kita adakan saluran lain. Kita tumpukan kepada yang besar kerana kita nak kutip hasil, yang besar kita tak boleh lepas,” katanya.

Menjelas lanjut, Hasmah berkata, hingga kini kes senarai hitam itu berjaya dikurangkan daripada lebih 70,000 kepada hanya 42,000.

Selain itu, Awang Adek berkata, LHDN hingga kini membantu 50,000 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional, yang secara sukarela membayar pinjaman masing-masing menerusi sistem potongan gaji.


No comments: