Dalam ketenangan hari libur hujung minggu, sebelumnya kita dikejutkan runtuhan bangunan Jaya Supermarket semalamnya. Dan hari ini disusuli pula dgn Bangunan Stadium Sultan Mizan Terengganu. Kedua-dua runtuhan bangunan itu, selain daripada takdir ia adalah sebab dan musabab. Meletakkan segala-gala sebagai takdir adalah habislah ikhtiar dan usaha.
Namun usaha hendaklah dibuat sebelum bangunan-bangunan yang ada runtuh. Bermula daripada lakar, lokasi kedudukan , cara pembinaan dan kos binaan menjadi rangkuman faktor kenapa ia tiba-tiba runtuh.
Runtuhnya stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu membuka mata kita semua, ini adalah lambang pengajaran yang dapat dipelajari semua, bilamana ALlah mahu runtuh dan jatuh dan ranapkan mana-mana yang dimahuiNya maka ia akan ranap.
Kebongkakan mahupun kebanggaan oleh UMNO atas apa yang dinamakan dengan projek dan menghasilkan projek serta mengaut laba melalui projek adalah agenda utama mereka. Apa yang berlaku itu bukanlah tanggungjawab mereka. Maka yang bertanggungjawab sepenuhnya atas projek-projek berkenaan adalah para penjawat awam yang melibatkan agensi-agensi awam kerajaan. Justeru itulah yang sebenarnya, jadi bilamana busuk itu bermula daripada kepala ikan, setidak-tidaknya penjawat awam yang diamanahkan itulah teruja juga melakukan kerja-kerja 'bengkok' maka kesannya sesudah kerja bengkok itu dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment