Wednesday, June 03, 2009

Kuasa media : Kita dan Barat ?

Media antarabangsa berlumba-lumba mencari dan mencuim langkah sumbang Barak Obama Presiden bukan kulit putih pertama di White House. Hari media melaporkan Barak berbelanja sejumlah US45,000 duit rakyat AS semata-mata bagi meraikan isteri, kumpulan penasihat dan sekumpulan wartawan di salah sebuah restoran ternama dan jauh daripada Washigton DC pusat Pentadbiran White House.

Moralnya ialah pemimpin di Barat sentiasa mendapat perhatian atau sentiasa mencuri tumpuan kerana 'skandal' mereka, penyalahgunaan kuasa mereka, sikap boros mereka yang antara lain bercanggah dari segi etika dan moral masyarakat Barat. tanggungjawab sebagai pemimpin adalah bukan untuk menyenangkan diri dan keluarga tetapi adalah bekerja keras untuk rakyat. Sebagaimana slogan 'ajaib Najib' , kepentingan rakyat didahului , pencapaian diutamakan'. Slogan ini selari antara cakap dan langkah serta tindak ikut pemimpin tersebut. Barulah mereka akan dipuja dan disanjungi rakyat kerana kepentingan mereka dikesampingan.

Dan media massa adalah menjadi pengimbang antara rakyat terbanyak bersama pemimpin. Chek and balace media di Barat adalh cukup terkesan dan sentiasa memberi bekas dalam jangkahayat kepimpinan seseorang pemimpin itu. Maknanya jatuh bangun pemimpin itu di barat di sebabkan oleh peranan media yang cukup berkesan dan ia menjadi senjata yang digeruni oleh pemimpin.

Maka di negara kita, hari ini media sekadar menjadi pelapor yang baik bagi dunia hiburan. Pasaran 'market' artis sentiasa menjadi sajian utama dan mencuri perhatian ramai dengan zoom isu artis secara berlebih-lebihan sehinggakan menenggelamkan isu-isu serta perkara lain. Dan rakyat terseronok dan meronok-ronok (kata Zizan & Johan) dengan apa yang akhbar atau media lakukan di negara kita. Terbaru disensasikan isu kerabat diraja Kelantan dengan isterinya Manoharo model 17 tahun daripada Indonesia kerana dakwa dakwi kedua belah pihak berlaku penderaan mental dan fizikal dan memberi aib kepada negara kita.

Justeru rakyat Malaysia terdidik dengan didikan sedemikian, bila mana media berperanan melebihi 'garis' yang ditetapkan oleh masyarakat mereka dihukum 'mencampuri' urusan yang tidak sepatutnya dicampuri. Dan inilah yang dikehendakki selamanya oleh para penguasa yang sedang berkuasa sekarang. Tiada kuasa atau instrument yang bakal menggugat mereka.

Malah mereka sanggup menaja dan membeli pula para penguasa media, atau mengawal media tersebut dengan pemilikan saham atau suara ke atas penerbitan media berkenaan. Di samping itu mereka perkukuhkan dengan akta-akta sekeliling dalam menyokong dan memperkasakan cengkaman mereka ke atas media berkenaan.

Kongkongan demi kongkongan menjadikan rakyat mandum fikiran mereka. Ibarat ular sawa yang kekenyangan malas untuk bergerak dan berfikir jauh daripada lingkungan enviroment kehidupan mereka. Oleh itu lahirlah masyarakat yang mandum




DUNIA

Kos makan malam Obama RM157,000


SEKUMPULAN pelanggan restoran melihat Presiden Barack Obama dan Michelle meninggalkan persembahan Broadway di New York Sabtu lalu.


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sekali lagi dilanda kontroversi selepas beliau dilapor berbelanja besar semata-mata untuk membawa isterinya, Michelle, keluar makan malam, lapor sebuah akhbar semalam.

Temujanji romantik itu susulan janji Obama semasa berkempen bagi kerusi Presiden AS tahun lalu bahawa beliau akan membawa isterinya bersiar-siar selepas pilihan raya selesai.

Sebagai mengotakan janjinya, Obama membawa Michelle keluar pada hujung minggu lalu dengan menggunakan tiga jet peribadi, dua helikopter dan beberapa pesawat tambahan bagi tujuan keselamatan.

Semua itu dilakukan supaya beliau dan isterinya dapat makan malam dan menonton pementasan Broadway di New York, beberapa ribu kilometer dari sini.

Media AS melaporkan kunjungan singkat tersebut menelan perbelanjaan AS$45,000 (RM157,000) untuk kos pengangkutan dan keselamatan sekali gus dianggap membazirkan wang rakyat.

Obama menggunakan tiga pesawat bagi kunjungan tersebut, sebuah untuk membawanya dan Michelle, dua lagi untuk mengangkut beberapa penasihat dan sekumpulan wartawan. - Agensi

No comments: