Van 'buruk' ditemui tidaklah menjadi sesuatu yang besar dan gempar. Kenderaan ini adalah kenderaan yang dibawa oleh sekumpulan ahli PAS Maran Pahang yang hadir sebagai pemerhati semasa Muktamar PAS ke 55 di Shah Alam baru lalu. Van ini telah memuatkan 6 orang selain pemandu bagi 'turut sama' bermuktamar tempoh hari. Mereka ini ke sana atas 'kesedaran , kefahaman dan keinsafan serta rasa tanggungjawab' sendiri kepada jemaah atau gerakan islam yang mereka 'anuti'. Inilah salah satu bentuk pengorbanan ahli akar umbi PAS yang mahu dipaparkan , tambah lagi mereka ini pula tidak 'meminta-minta' sesuatu atau mahukan sesuatu daripada mana-mana pucuk pimpinan parti, hatta makan minum dan tambang menambang duit minyak, duit kocek mereka sepanjang 3 hari dan mungkin lebih semasa berlangsung muktamar tempoh hari. Semua dibuat atas rasa tanggungjawab dan sayangkan PAS.
Tiba-tiba kesyahduan mereka 'digegar' dan 'digemparkan' dengan perang dingin terbuka sesama pucuk pimpinan atasan parti harakkah Islamiyyah. Kedua belah pihak tentulah mempunyai hujah masing-masing bagi mempertahankan prinsip dan idea cadangan yang mereka mahu ketengahkan. nampaknya ini adalah klimaks daripada percanggahan idea tersebut, sementelahan selepas sesi pemilihan tempoh hari saf kepimpinan PAS kembali ke zaman sebelum IT diperkenalkan. Bukanlah kita mahu menunjukkan rasa pandai sekadar gambaran pandangan sahaja.
Sebaliknya beberapa pimpinan 'lama' yang sudah dimamah usia tetapi mempunyai pengalaman luas yang sukar 'diukur' mengikut kaedah sains dan matematik (S&T) teruji kini. Justeru, bilamana pandangan orang lama memberi pandangan , maka janganlah kita generasi pimpinan baru memandang mudah dan menkesampingankan pandangan berkenaan (merujuk isu perpaduan pandangan TGNA tidak didengari).
Ini kena ingat ia adalah pentas politik. Soal keikhlasan, soal perpaduan yang padu belum tentu. Kerana dalam UMNO BN sendiri mereka gagal berpadu dan gagal ikhlas, sementelahan pula dengan musuh politiknya sejak 52 tahun. Diulangi sejak 52 tahun. Dari segi angka sahaja sahaja bila dihitung sudah mendewasakan kita, apatah lagi rata-rata pimpinan yang ada dewasa belaka dari segi umur tetapi 'muda' dari segi pengalaman politik. Ini kena faham.
Selain itu, kita generasi yang muda dalam pengalaman politik kenalah bersabar, jangan terlalu gelojoh dan gopoh. Kita didalam jemaah bukan mahukan sanjungan, pujian terhadap kepimpinan dalam parti yang bakal disebut-sebut orang. Ini kerana hasil orang itu atau inilah sebab kan orang itu. Ikhlaskan agenda kita, buat secara maufakat. Memanglah jika kita mencari kelemahan pimpinan yang dimamah usia tentulah mereka lemah daya fikir, lembab lakukan kerjabuat, serta tiada langsung kajian tindakan atau kajian masa depan (KMD). Justeru inilah kelemahan yang wajar ditampungi oleh pimpinan pelapis yang baru.
Oleh itu, idea kerajaan perpaduan itu wajar ditangguhkan. Selesaikan permasalahan peringkat dalam parti, beri kefahaman sejelas-jelas kepada organ parti hatta jika boleh kepada semua atau seluruh pimpinan pertengahan parti. Fikirkan dan pandanglah ke belakang. Ahli melantik 'kita' memilih kita dan janganlah ambil sikap lu fikirlah sendiri, ini akan menjahanamkan perjuangan kita. Sekira ada tentangan idea secara meluas, idea tersebut ada masalah lah tu, hentikan...hentikan !!!

1 comment:
aku dah terketagih tulis pasal UG
Post a Comment