Saturday, June 20, 2009

Bahasa : Kemajuan kita tidak diperhatikan

http://soccerlens.com/wp-content/uploads/2007/06/south-africa-2010.jpg


Dunia sentiasa berubah. Bangsa dan negara di dunia sentiasa berlumba-lumba mencari, mengejar, memburu dan memberi identiti kepada bangsa dan negaranya. demni kemajuan dan tas nama kemajuan itu sendiri. Justeru banyaklah usaha yang mereka lakukan, tidak kiralah dalam apa bidang atau displin ilmu kehidupan. Hal ini tidak terkecuali dalam dunia bolasepak dan sepak bola (bahasa lama) . Maklumat terkini berlangsung pertandingan Piala Konfederasi. Perlawanan bola sepak anjuran FIFA (Persatuan Bolasepak Dunia) sebelum berlangsung Piala Dunia bagi 5 tahun sekali. Apa yang menariknya dalam pertandingan ini ditandingkan pasukan 'terkuat' (termaju dalam bolasepak) bertanding. Antara Amerika Syarikat mewaliki benua Amerika, Brazil wakilkan benua Amerika Selatan, New Zealand mewakil benua Australia, dan Mesir mewakili benua Afrika. serta Itali mewakili Benua Eropah. Pertandingan ini sebenarnya mahu menguji semua perkara sebagai asas penelitian FIFA berhubung soal kemajuan bolasepak di dunia.

Kelmarin, berlaku kejutan keputusan wakil benua Afrika iaitu Mesir mengalahkan Itali juara Piala Dunia 1-0. Apa yang mengejutkan hasil keputusan tersebut telah memberi satu tamparan dan juga gambaran bahawa Mesir dari segi mutu permainan adalah berkemampuan , sama taraf mutu permainan bolasepak mereka dengan juara dunia itu, baik dari segi taktikal, strategi, mahupun kemajuan bolasepaknya. Gambaran ini paparkan Mesir sudah berjaya mengejar dan memajukan sukan bolasepak mereka. Malah mereka sudah mampu memberi saingan sama rata antara kedua benua tersebut.

Sementelahan bagi negara kita jauh ketinggalan serba serbi, bercakap soal bolasepak kita jauh ditangga ke 159 rangking FIFA. Bercakap pula soal bahasa sahaja. Kita baru sahaja mahu memperkenalkan bahasa asing diwajibkan kepada para pelajar kita, tarafnya para pelajar mestilah lulus barulah diiktiraf kelayakan tersebut.

Justeru usahlah kita mahu bersaing diperingkat tertinggi, kerana kita baru sahaja terkial-kial soal-soal bahasa, sedangkan negara luar lain, sudah ada agenda lain bagi mengangkat negara dan bangsa mereka. Negara yang berjaya adalah negara yang dihormati kawan dan lawan. Negara yang tidak berdaulat negara yang sering diremehkan oleh negara-negara dunia luar. Usahlah bercakap hal-hal perjuangan seperti soal Antartika dan sebagai, apa yang kita cakapkan tidak akan orang hormati dan dengari.




No comments: