Thursday, May 07, 2009

Syabas ADUN DAP di DUN Pahang !!

DUN Pahang tamat bersidang pada 28hb April yang baru lalu. Pembangkang Pakatan Rakyat adalah seramai 4 orang. Dua daripada PAS (Kuala Semantan Temerloh dan Beserah Kuantan) 2 daripada DAP iaitu Triang Bera dan Tras Raub.

Persidangan DUN Pahang yang mula dijadualkan selama 7 hari kemuidan dipendekkan menjadi 3 hari sahaja. Wakil PAS Kuala Semantan YB Syed Hamid Syed Mohammad telah menghantar 16 soalan kepada pihak DUN dan 4 sahaja yang dijawab. Itupun melibatkan hal-hal remeh sahaja. Pertama soal SRA, kedua soalan jambatan, ketiga soal by pass jalan di Raub dan Bentong dan isu 63 juta saman Seru Gemilang yang kerajaan BN Pahang perlu bayar kepada syarikat, sedangkan tanah itu adalah hak milik UMNO.

Dalam DUN Pahang , serangan peribadi terhadap Nizar jamaluddin dilakukan. Wakil rakyat BN berbangsa Cina telah membangkitkan Nizar jamaluddin berbohong, dakwa beliau bila ia ke kawasan Cina di Perak dia kata dia adalah Cina dan bila ke kawasan pengundi Melayu dinafikan dia baka keturunan Cina.

Dakwaan kekeliruaan tersebut disangkalkan oleh ADUN Kuala Semantan yang mewakili PAS. Dakwa beliau yang berhak cakap soal Nizar di DUN pahang adalah PAS dan suaranya adalah dari nya bukan penjelasan itu diperolehi daripada ADUN DAP sahaja. maka beliau bangun dan bangkit memperjelaskan hal sebenar. Bahawa PAS daripada awal mewar-warkan Nizar adalah berketuruanan Cina sebelah ibunya.

Ironisnya, mahu penulis jelaskan semangat ADUN DAP yang sanggup pertahankan Nizar di DUN pahang adalah cukup tinggi dan kita ucapankan tahniah kepada kedua-dua ADUN DAP Pahang itu, kerana semangat setia kawanmu cukup tinggi dan kita harus berbangga kerana kepercayaan ADUN DAP dan wakil rakyat DAP terhadap PAS secara tidak langsung terhadap apa yang berlaku di Perak dan batang tubuh Nizar di Perak itu dipertahankan oleh ADUN DAP di Pahang. Bayangkan tuan-tuan....


No comments: