Saturday, May 23, 2009

Sukar menyahkan persepsi 'Hakim Dibeli'

Liputan Penuh Utusan terhadap isu Perak. Istimewanya adalah kerana BN menang di mahkamah. Menang di mahkamah menandakan sebagai penanda aras UMNo itu benar, pilihan hakim adalah benar, dan rakyat memang membenarkan.

Implikasi adalah amat jauh, kepercayaan rakyat diperkotak katikkan. Umpamanya penulis bertemu dengan seorang bukan Islam, rakan penulis berbangsa Cina. Beliau adalah seorang yang rapat dengan rakan-rakan sekerja penulis yang lain. Pendekata kehidupan cara gaul nya adalah macam tatasusila Melayu dibudayakan termasuk dalam keluarga besarnya setahu penulis, cakapnya sahaja 'peor' loghat Pahang Temerloh iakn patinnya.

Beliau bertanya penulis, kalangan orang Cina melihat SAH panjawat awam negara kita sudah dibeli. Ini adalah persepsi mereka. justeru sukarlah bagi kita mahu menyahkan persepsi tersebut. Maknanya rata-rata penjawat awam negara kita didominasi pertusannya adalah orang Melayu islam. Maka terpalitlah dosa mereka yang buat keptusan mahkamah rayuan itu kepada kita kaum sebangsa dengan hakim mahkamah tersebut.



KUALA LUMPUR 22 Mei - Pakatan pembangkang di Perak dinasihat menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang secara konsensus mengesahkan kedudukan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

IPOH 22 Mei - Keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah hari ini memberi kelegaan kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri ini.

PUTRAJAYA 22 Mei - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar.

IPOH 22 Mei - Pakatan pembangkang mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan kerana mendakwa kemenangan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Mahkamah Rayuan tidak akan mewujudkan kestabilan politik di negeri ini.

SEREMBAN 22 Mei - Keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah bukan sesuatu yang mengejutkan atau luar biasa.

IPOH 22 Mei - ''Saya akur dengan keputusan Mahkamah Rayuan bagaimanapun saya akan mengambil tindakan susulan untuk mendapatkan pembelaan."

SINGAPURA 22 Mei - Keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) telah melakukan perkara-perkara yang menepati keperluan undang-undang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR 22 Mei - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan tunduk dengan kehendak pakatan pembangkang supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

No comments: