Friday, May 15, 2009

Pilihanaraya HARUS sahaja ?

Biar apapun hukumnya, pilihanraya samada HARUS, WAJIB, SUNAT, HARAM,MAKRUH. Persoalannya rakyat mahu ia diselesaikan. Opsyen pilihan BN adalah dia mahukan PR serahkan kuasa tanpa ganggu dan 'lawan' beri percuma di memerintah Perak. itulah opsyen pilihan Najib dan apa yang bermain dalam kepala-kepala mereka.

Mereka merosakkan semua institusi yang ada, mereka memperkenalkan politik wang, mereka burukkan mereka tubuh SPRM, mereka yang amal dan suburkan rasuah. Mereka juga permainkan kehakiman, mereka juga merendahkan martabat raja-raja, mereka juga yang mengajar politik perkauman yang melampau dan mereka segala-galanya. Dan segala-galanya adalah mereka.


Kini ibarat lembu kenyang mereka bersikap tidak apa-apa, Zambry Kadir mamak Pangkorlah yang menjadi 'boneka' patung dimainkan mengikut arahan skrip daripada Putrajaya. Jalan cerita mereka berliku kerana mereka bermain dengan Tok Dalang dan Tok Dalang itu enggan mengikut skrip mereka pula kali ini, maknaya dah berpaling tadah.

Mereka kini meracau-racau buat , ajak rakyat khas nya UMNO jadi tukang karut bercerita semula skrip ikut olahan Pengarah Putrajaya.


Pilihan raya bukan harus

PUTRAJAYA - Pilihan raya semula adalah satu daripada opsyen yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini, Najib berkata, Barisan Nasional tidak gentar untuk menghadapi apa jua kemungkinan termasuk pilihan raya sekiranya itu yang diputuskan.

“Kita sedia berdepan dengan rakyat,” katanya.

Mengenai Konvensyen Barisan Nasional yang sepatutnya diadakan awal tahun ini, Najib berkata, ia hanya akan dijalankan selepas beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan diselesaikan.

“Kita ada beberapa perkara yang patut kita selesaikan dulu. Kita tak nak ada konvensyen tapi pengisiannya belum kita tentukan kerana apa yang penting ialah penghasilannya,” katanya.

Mengenai status Senator Datuk T Murugiah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berikutan kemelut dalaman Parti Progresif Penduduk (PPP), beliau berkata, ia belum diputuskan.

“Kita akan tengok dulu perkembangan dan keadaannya,” katanya.

No comments: