Sunday, May 10, 2009

Perasmian DPP Phg: Amanat Suhaizan Kayat


Jerantut: Ecxo DPP Pusat Suhaizan Kayat semasa berucap merasmikan Muktamar DPP Pahang kali ke 27 di Dewan KIAS, Temin Jerantut dihadapan 100 orang perwakilan DPP Pahang berpesan dengan sesungguh-sungguhnya bahawa generasi muda yang ada dalam dewan tersebut harus sedar dan insaf peranan mereka. Dwi peranan iaitu pemimpin parti dan pemimpin rakyat, yang terbaik pemuda harus menjadi pemimpin rakyat dan parti.

Tambah beliau, sebagai pemimpin rakyat denyut nadi permasalahan rakyat dapat diselami. Berbanding dengan dirinya yang terjun terus sebagai golongan pimpinan parti peringkat tertinggi yang gagal pada mulanya menyelami asam garam pahit getir denyut kehidupan rakyat teramai di peringkat akar umbi.

Seterusnya, beliau berpesan agar pemuda yang ada kini bermaklumat mengerakkan dan menjana jentera ke arah kemenangan kerana baginya Pahang adalah bumi subur cerah masa depan bagi Pakatan memerintah. Tegasnya, Pahang pada PRU11 telah meraih 9 kerusi melalui permaufakatan dan persepakatan waktu itu bawah APU. Potensi bagi memerintah Pahang dengan simple majority perlu menang 22 kerusi sahaja. Hasil persefahaman PAS telah sedia bertanding di 11 DUN, DAP 6 dan 5 PKR. Di mana kesemua 22 kerusi yang ditandingi tersebut bawah majoriti 2000 undi dikalahkan UMNO BN.

Beliau turut mencabar agar Pemuda bekerja dengan bersungguh-sungguh di peringkat akar umbi menggerakkan cawangan dan menghidupkan MTD kawasan pilihanraya masing-masing iaitu bertindak mendaftar semua pemuda dan menambah ahli serta mendokumentasikan maklumat dalam sistem penyampian maklumat PAS yang terkini.

Hasil rangsangan beliau, yang mahu jentera Pemuda bertindak agresif dalam baki 3 tahun menjelang PRU13 masih belum terlambat.


No comments: