Inilah kerja orang politik, kerja peniaga yang terlalu mementingkan keuntungan tanpa memikirkan suvival kesihatan dan permasalahan bersama. Bagi kerajaan Mesir mereka bertindak proaktif membunuh puluhan ribu babi, demi untuk menyekat selelsama ini bergerak. maknanya kesihatan keselamatan rakyat diutamakan. Justeru menteri wajar berfikir dan utamakan rakyat atau dalam lain perkataan perjuangan keselamatan, kesihatan rakyat dijadikan agenda perjuangannya bukan peniaga, pengusaha dan penternak didahului keutamaan suara mereka.
Maka banyaklah yang perlu diperbetulkan kabinet Najib, yang tampak hebat semasa baru dilantik. Berjalan PM kita tanpa permaidaini ke Petaling Street, kawasan Melayu dan Brekfields semasa 3 hari menjawat jawatan PM.
Guna istilah influenza A
|
|
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mulai sekarang akan merujuk wabak selesema babi sebagai influenza A (H1N1) seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar kecil) berharap pihak media akan menggunakan istilah baru itu bagi tujuan penyeragaman berbanding istilah selesema babi ketika ini.
"Dengan penyeragaman nama wabak influenza A(H1N1) ini, ia akan memudahkan laporan, berita akan lebih tepat dan tidak akan menimbulkan kebimbangan kepada mana-mana pihak," katanya selepas mengadakan wawancara di stesen Radio Star FM di sini semalam.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut di sebalik penukaran istilah tersebut melainkan berkata: "Ia adalah istilah yang ditetapkan oleh WHO.''
Tiong Lai berkata, hasil siasatan WHO mendapati penyebaran wabak itu bukan berpunca daripada kandang-kandang babi yang terletak berdekatan desa di Mexico, negara pertama yang mengalami wabak itu.
No comments:
Post a Comment