Atas kesempatan perbincangan ilmiah penulis memperjelaskan apa yang perlu dijelaskan. Pertama memberi kewajaran kes ini berpanjangan mengikut tatacara yang mereka fahami dan pelajari, khususnya berkaitan perlembagaan negara , peraturan dewan mulia dan institusi-institusi lain dalam negara sebagai badan atau komponen pemeritahan negara.
Rata-ratanya generasi muda ini, ada yang terdiam dan ada yang kurang senang dengan penjelasan penulis, tetapi mereka tidak menghujahi kembali tentang apa yang penulis jelaskan. Budaya mahu jauh memikir mereka kurang digarap, tetapi penulis tidaklah bimbang pendedahan demi pendedahan minda ke arah berfikiran kritis akan terjelma jua bilamana mereka ini menjejak kaki ke IPTA atau IPTS dan terlibat dengan gerakan atau persatuan pelajar
PUTRAJAYA: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar, ketika dihubungi berkata, surat permohonan itu telah dihantar melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada pukul 4 petang tadi.
Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.
Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.
Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.
Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu. BERNAMA
No comments:
Post a Comment