Monday, May 11, 2009

BN UMNO: Tidak dapat menerima realiti kenyataan sebenar ?

Berita terhangat, tokoh terbilang adalah kini milik Ir Nizar Jamaluddin MB Perak. Petang tadi mahkamah memutuskan dan berpihak kepadanya.


DATUK Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraikan kemenangan bersama penyokongnya selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau Menteri Besar Perak yang sah. - Foto Bernama

Kata Najib PM Malaysia...

BN akan rayu, rakyat Perak perlu bertenang: PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan merayu secepat mungkin keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Perdana Menteri juga berharap rakyat Perak bertenang dan tidak terlalu teruja kerana masalah itu akan diselesaikan."Cuma saya nak katakan kita rasa ada kes dan asas yang kuat, maka kita akan membuat rayuan," katanya kepada pemberita di sini, petang ini.

Ditanya kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri, Najib berkata:

"Ia adalah bidang kuasa Sultan Perak".

Kata Zambry MB Perak yang haram ....

Zambry terima keputusan, minta rakyat Perak bertenang


IPOH: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata beliau menerima keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytihar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, dengan hati dan fikiran terbuka.

"Saya serta rakan-rakan akan mengambil tindakan seterusnya mengikut lunas undang-undang," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau meminta semua penyokong Barisan Nasional (BN) serta rakyat Perak supaya bertenang.




No comments: