Thursday, May 07, 2009

Adab dan akhlak dalam DUN Perak ?

Berita Buliten TV3 malam ini (Khamis) menyiarkan rakaman kenyataan kesal oleh MB Haram Perak Dr Zambry Abd Kadir dengan apa yang berlaku di DUN Perak.Beliau antara lain bercakap soal adab dan biadap, beliau bercakap soal akur dan sayangkan Sultan kerana terpaksa menunggu 6 jam bagi merasmikan DUN Perak.

Maknanya lagu dan skrip UMNO bercakap soal-soal muluk adab, akhlak, biadap, tatasusila, kesopanan tanpa roh. Jika kita pergi lebih jauh soal adab bagaimana seorang pimpinan atasan negara boleh mengebom manusia yang sudah mati dibunuh itu. Di mana adab dan akhlak kita dalam jurusan bab meraikan dan memuliakan jenazah yang sudahpun mati. Di mana skrip mereka, dan dimana pengarahan mereka. Sepatutnya jika mereka mahu berjuang soal akhlak adab mestilah sama rata pada semua tempat dan semua masa. Jangan terpilih tempat dan memilih tempat bila ada kepentingan.

Mana akhlak dan adab mereka sendiri dalam menghormati proses demokrasi. Kita rakyat turut diperbodoh-bodohkan oleh media masaa perdana. Ingat rakyat tidak semua masa akan bodoh. Hentikan lah memperbodoh-bodohkan rakyat. Demokrasi Malaysia di Perak adalah demokrasi mengikut telunjuk mereka barulah ada adab dan akhlaknya. Inilah UMNO.... sejak bila mereka adalah pejuang akhlak dan adab?

No comments: