Thursday, April 09, 2009

Titian Muhibah : Najib vs Khairy J ?

Mantan PM Pak Lah lemah tetapi kata depa(media pembangkang) dia tidak tunduk dan patuh dengan mantan PM Dr M. Sebaliknya Najib PM yang hebat tetapi dia mempunyai DUA kelemahan ketara iaitu dengar kata mantan PM Dr M dan isterinya Rosmah Mansor.

Hari ini, pusingan pertama Najib tidak masukkan KJ menantu Pak Lah (yang dibenci Dr M) dalam kabinet, walaupun dia menang kerusi Ketua Pemuda. Sebaliknya calon yang kalah No3 iaitu Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan. Dan Timbalan Ketua Dato Razali Ibrahim juga turut tersenarai.

Peperangan KJ vs Najib baru bermula, justeru marilah kita lihat sejarah politik KJ dengan sokongan RMdan kebaijasanaan berlawan dengan Najib Dr M dalam kancah politik negara dan UMNO. Adakah pertarungan kancil (KJ) dengan gajah(Najib) akan berakhir kemenangan kepada KJ. Adakah politik KJ akan berakhir dan sekaligus akan menamatkan 'usia' UMNO lebih cepat.

Kemudian, sejauhmana kah usia Pakatan Rakyat adakah bertambah kuat.

No comments: