Sunday, April 05, 2009

PM Austarlia minta maaf, PM kita bagaimana?

Kes makanan dan PM Australia bersikap panas baran sehingga krew kabin pernerbangan itu menangis. Tindakan pantas beliau selepas dicop biadap, beliau mohon maaf secara terbuka atas perlakuan kasar nya itu. PM kita bagaiamana, walaupun menerima pertuduhan berat daripada hampir semua akhbar dunia, tak kan nak berdiam diri kot ?

'PM Australia biadab'

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd, digelar 'Kevin Rude' (Kevin Biadab) oleh seorang pembangkang semalam selepas muncul laporan menyatakan beliau menyebabkan seorang pembantu penerbangan menangis kerana menghidangkan makanan salah kepadanya.

Namun, Rudd yang panas baran tidak mengendahkan kejadian itu yang dibangkitkan pada sidang akhbar di London kelmarin, ketika beliau menghadiri Persidangan G20.

"Sepanjang yang saya ingat, saya berbincang dengan pembantu penerbangan mengenai makanan. Ia tidak panjang dan jika ada sesiapa tersinggung termasuk pembantu penerbangan itu, saya minta maaf," katanya.


No comments: