Friday, April 10, 2009

Kerjaya bidang kepolisan hadapi gerhana ?

Ditengah kegembiran Najib merayakan barisan kabinet rakyatnya, tercatat peristiwa hitam dalam diri dua orang pegawai polis. Semalam mahkamah 'seperti berpakat' menjatuhkan hukuman sama sehari Najib merayakan barisan kabinet rakyat yang mendapat pujian semua lapisan rakyat. Azilah dan Sirul dijatuhkan hukuman gantung sampai mata.

Rentetan itu, signalnya selepas ini ramai keluarga Melayu tidak akan membenarkan anak-anak mereka memilih kepolisian sebagai profesion mereka. Dijangkan kerajaan agak sukar selepas ini menarik minta generasi muda yang 'sedar' dan celik maklumat berkerja di bidang ini. Sementelahan pula, minda masyarakat bukan Melayu khasnya kaum Cina yang sudah lama menolak bekerja dibidang kepolisian ini. Ditambahi serta diwarni dengan pelbagai warna yang tergambar dek mereka sebelumnya.

Para pegawai polis yang berpangkat bawahan sering menjadi mangsa 'arahan' daripada golongan atasan, atas sifat arahan wajib dipatuhi. Walaupun sehingga ke perkara yang melibatkan aqidah dan iktikad sekalipun, arahan lebih tinggi atau menjadi undang-undang tertinggi dalam kamus pasukan beruniform ini. seterusnya perkhidmatan awam negara kita khasnya yang beruniform akan dikenali diseluruh dunia dan masyakarat sedunia mudah diperalatan . Walaupun ada integiriti.

Selain itu, bidang kehakiman negara kita terus menerus dipersoalkan. Kehakiman negara kita adalah paling bangsat. Macam dan serupa hakim di negara-negara mundur di sebelah Afrika pun jauh lebih berintegriti berbanding kehakiman negara kita. Jahatnya kita sama seperti aparthied Afrika sebelum Nelson Mandela sebagai Presidennya.





No comments: