Friday, April 10, 2009

Islam : Antara PAS dan UMNO

Natijah besar PRK Bkt Gantang. Pertama PAS dikenali dan didekati kawan dan lawan. Isu exco Pakatan Rakyat daripada DAP Nga Kor Ming membaca ayat-ayat suci di satu majlis ceramah bersama PAS kepada orang Islam cukup memberi bekas dan kesan yang mendalam.

UMNO terpukul, UMNO cuba menjadi juara membela Islam. Bak kata penganalisis UKM yang enggan nama dikenali Perjuangan Islam daripada PAS lebih dikenali daripada Islam yang diperjuangkan melalui UMNO. UMNO cuma dimindakan mereka juara berbanding PAS dalam hal tadbir urus negara, ekonomi negara dan yang berkaitan. Ini ada bukti dan track record yang tidak mengecewakan. Percubaan UMNO untuk menjadi Islam lebih daripada Islam PAS bawa ternyata gagal dan makan tuan.

No comments: