Sunday, April 05, 2009

BUANG KERJA : SERIUS ?

Cuba kita bayangkan dengan angka 128,295 membuat perjanjian pinjaman PTPTN untuk masuk ke IPTA, Kolej, Kolej Komuniti seluruh negara. Berapakah banyak kerajaan dapat keuntungan hasil pinjaman perniagaan pendidikan yang diperkenalkan sejak 9 tahun dahulu. Bagi setahun sahaja jumlahnya RM 769,770,000 setahun kerajaan keluarkan. Keuntungannya adalah RM30.79 juta kerajaan dapat pulangan hasil 4% caj tabung sekiranya semua pelajar mengembalikan bunga tersebut dalam tempoh setahun. Bayangkan ke mana dan di manakah wang tersebut disalurkan.

Inilah liberalisasi pendidikan. Manakala kita lihat kini, mereka yang dibuang kerja sudah mencecah lebih daripada 26,000 orang yang rata-ratanya trauma. Dan bagaiamankah kerajaan yang sedia ada mahu menanganinya , ataupun adakah sekadar melihat hanya NGO-NGO tertentu atau pihak Hospital sahaja yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini ke peringkat akar umbi. Laporan akhbar yang dilaporkan kes ini amat serius ?





128,295 tempat untuk pelajar di IPTA

05/04/2009 3:11pm

JOHOR BAHRU 5 April — Sebanyak 128,295 tempat ditawarkan untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam, politeknik dan kolej komuniti sesi Julai ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata Kementerian Pengajian Tinggi tahun ini menerima sebanyak 400,996 permohonan yang merangkumi kursus Ijazah Sarjana Muda, program Diploma dan sijil, politeknik serta kolej komuniti di seluruh negara.

“Daripada 128,295 tempat yang tersedia, 40,559 daripadanya adalah bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi manakala 28,000 lagi untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sebanyak 43,216 tempat turut ditawar bagi kemasukan ke politeknik manakala 16,520 tempat lagi di kolej komuniti seluruh negara dalam pelbagai kursus kemahiran sepenuh masa dan kursus jangka pendek,” katanya selepas majlis penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Selatan, di Plaza Angsana, di sini hari ini.

Mohd Khaled berkata kerajaan menyediakan peluang yang cukup luas kepada rakyat dalam usaha memastikan rakyat mendapat pendidikan terbaik di peringkat pengajian tinggi.

- BERNAMA

No comments: