Wednesday, March 04, 2009

Usul Anwar di tolak ?

Usul Anwar bahas isu Karpal ditolak

KUALA LUMPUR: Usul anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan aduan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang mendakwa pihak tertentu menghina Dewan apabila menghalangnya menghadiri sesi sidang itu Khamis lepas ditolak oleh Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata usul berkenaan ditolak memandangkan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan di bawah Peraturan Mesyuarat 80A PeraturanPeraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk menimbang dan menyiasat perkara berkenaan.

"Saya akan kekalkan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis dan tindakan akan diambil selepas jawatankuasa itu bermesyuarat," katanya.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat pertama pada Selasa depan, dan keputusan mengenai perkara berkenaan akan diketahui pada keesokan harinya.

Khamis lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika membentangkan usul penubuhan jawatankuasa khas berkenaan berkata jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mohamed Nazri berkata, jawatankuasa itu mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit dengan kejadian itu mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Usul itu dikemukakan ekoran kejadian Karpal dikepung selama kirakira 15 minit pada pukul 2.45 petang oleh kirakira 22 anggota Pemuda UMNO Selangor yang tidak berpuas hati dengan tuduhan anggota Parlimen Bukit Gelugor itu terhadap pergerakan itu yang didakwa menghantar dua butir peluru kepadanya.

Karpal, semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang diPertuan Agong menggunakan ungkapan 'Mana Pemuda UMNO celaka dapat dua peluru ini' merujuk kepada surat berisi dua butir peluru yang diterimanya. BERNAMA

No comments: