Wednesday, March 04, 2009

Terkini....UMNO semakin gawat.!!!!

Cubaan ahli Umno tangguh persidangan Umno

04 Mar 2009 9:26AM

PJ: Dua anggota Umno semalam berkata mereka akan memfailkan satu perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan agung parti itu yang dijadualkan diadakan lewat bulan ini, selang kurang sebulan sebelum Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dijadualkan mengambil alih jawatan presiden parti tersebut.

Dua anggota Umno itu, Datuk Kadar Shah Ninam Shah, dan Datuk Mazlan Harun, berkata mereka berharap perhimpunan itu akan ditangguhkan hingga semua dakwaan 'politik wang' selesai disiasat, demikian laporan laman berita dalam talian tempatan, The Malaysian Insider, semalam.

Langkah kedua-dua anggota Umno itu dilihat sebagai satu usaha untuk menghalang parti itu daripada menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib, yang juga Timbalan Presidennya, kata laporan itu.

Datuk Seri Najib memenangi jawatan Presiden Umno tanpa bertanding dan akan disahkan sebagai presiden parti itu semasa perhimpunan agungnya kelak.

Namun, Datuk Mazlan menafikan andaian bahawa mereka sedang cuba menghalang aspirasi Datuk Seri Najib itu dengan berkata bahawa rancangan peralihan parti itu boleh diselesaikan bila-bila masa sahaja.

'Kami bukan mahu menghalang (Najib). Semua orang yang mencintai Umno harus mengambil perkara ini secara serius,' kata beliau dalam laporan The Malaysian Insider itu.

'Prosesnya harus diselesaikan mengikut perlembagaan parti dan undang-undang. Kami tidak terlibat dalam rancangan peralihan itu, ia boleh diselesaikan bila-bila masa sahaja,' tambahnya, ketika ditemui wartawan.

Datuk Kadar Shah, yang dilantik menjadi seorang delegasi ke perhimpunan agung itu dan Datuk Mazlan, bekas anggota jawatankuasa eksekutif Pemuda Umno, turut membuat dua laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), yang kini dinamakan semula sebagai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmand Badawi, dan Datuk Seri Najib kerana didakwa terbabit dalam politik wang.

'Sehingga kini, tiada tindakan telah dibuat terhadap sebarang laporan itu. Tiada sebarang tindakan juga yang telah dijalankan terhadap lebih 1,000 laporan rasuah politik dan salah guna kuasa lain yang dihantar kepada Jawatankuasa Disiplin Umno, seperti yang diakui oleh pengerusinya, Tengku Ahmad Rithaudeen,' kata kedua-dua anggota Umno itu dalam satu kenyataan bersama.

Mereka juga menyelar kenyataan Datuk Seri Abdullah baru-baru ini bahawa SPRM telah menutup siasatan terhadap semua laporan berhubung politik wang dalam parti itu kerana mereka tiada bukti.

'Bagaimana mereka boleh mengisytiharkan kes-kes itu ditutup jika tidak seorang daripada kami telah dipanggil untuk memberikan keterangan kami,' kata Datuk Kadar.

'Kami sedang menimbangkan untuk mendapatkan perintah mahkamah jika kes-kes itu tidak diselesaikan sebelum perhimpunan,' tegasnya sambil menambah bahawa mereka akan menunggu para pemimpin Umno untuk memberikan reaksi terhadap langkah mereka itu.


Langkah dilihat cuba halang parti sokong Najib. Foto: Laporan BPR kedua Mazlan terhadap PM, Najib sebelum ini

No comments: