Friday, March 06, 2009

SPRM dan Pengarahnya !!

Syabas dan bagus terhadap para pegawai SPRM, lain yang mula sedar dan faham bidangkuasa serta tanggungjawab mereka kepada masyarakat. Kita harap selepas ini, mohon Pengarah SPRM masuk bertanding atas tiket BN di Pilihanraya kecil Bukit Gantang. Barulah beliau dapat bertindak sebagaimana tindakannya tempoh hari.

Oleh kerana jiwa Ahmad Said sudah didoktrin bahawa UMNO dan BN sebagai parti yang dipuja-puja, beliau tidak sedar bahawa beliau seorang penjawat awam , beliau tidak dapat membedakan dirinya sebagai seorang pegawai kerajaan yang perlu profesional dalam menjalankan tugas, walaupun dirinya adalah pemuja dasar-dasar UMNO BN nombor satu. Itulah yang dikehendakki oleh UMNO BN.


SPRM kaji semula dasar keluarkan kenyataan media

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkaji semula dasar mengenai pengumuman perincian kes siasatannya yang masih belum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya suruhanjaya itu dan sehingga keputusan siasatan diperoleh daripada pihak berkenaan.

Tindakan ini diambil berikutan pandangan mesyuarat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Hamid Mohamed, bekas Ketua Hakim Negara pada Khamis lepas yang turut membincangkan beberapa kenyataan media SPRM mengenai kes siasatan yang masih dalam tindakan suruhanjaya itu.

"Lembaga Penasihat (LPPR) telah mengambil maklum bahawa kenyataan yang telah dikeluarkan itu tidak bercanggah dengan perundangan dan tidak mempunyai sebarang niat jahat serta dibuat bagi memastikan ketelusan SPRM dalam siasatan-siasatan yang dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

SPRM menyatakan bahawa lembaga itu berpandangan walaupun dari segi perundangan, SPRM boleh membuat kenyataan media sedemikian, "namun mengambil kira senario semasa, kenyataan-kenyataan melibatkan kes yang masih belum dibuat sebarang keputusan akan menimbulkan pelbagai pentafsiran dan polemik di kalangan sesetengah pihak sehingga menjejaskan kredibiliti SPRM itu sendiri."

Untuk itu mesyuarat pengurusan tertinggi SPRM setelah meneliti pandangan LPPR memutuskan menkaji semula dasar pengumuman medianya. BERNAMA

No comments: