Thursday, March 05, 2009

Cuepasc dicop kaki bangkang pula ?

Itulah manifestasi kejelakkan kakitangan kerajaan dengan kerajaan BN yang ada. Sikit sanggahan dicop sebagai anti kerajaan. Kakitangan sudah letih dengan kerenah anda semua.


Cuepacs Kesal Dianggap Mengancam Kerajaan

KUALA TERENGGANU, 5 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Khamis melahirkan rasa kesal kerana dianggap mengancam kerajaan apabila kira-kira 50,000 kakitangan awam tidak mahu bekerja lebih masa jika tidak dibayar untuk membuat kerja berkenaan. Presidennya Omar Osman berkata apa yang dinyatakan oleh Cuepacs itu bukan berniat untuk mengancam kerajaan sebaliknya hanya memaklumkan keluhan serta rintihan kakitangan awam peringkat rendah mengenai perkara tersebut. "...jangan cop (anggap) kami (Cuepacs) mengancam... sebenarnya kita tidak mengancam pun...," katanya selepas bengkel semakan gaji skim perkhidmatan sektor awam di sini. Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam bahawa Cuepacs perlu mengajak anggota perkhidmatan awam supaya lebih gigih bekerja pada ketika negara menghadapi kemelesetan ekonomi dan tidak bertindak mengancam untuk tidak mahu bekerja lebih masa. Sebelum ini, Omar dipetik sebagai berkata bahawa kira-kira 50,000 kakitangan awam peringkat rendah tidak mahu bekerja lebih masa dan akan membuat kerja sambilan jika Jabatan Perkhidmatan Awam tidak memberi kenaikan pangkat sebelum 1 Mei ini. Beliau berkata kakitangan terbabit kecewa kerana tidak dinaikkan pangkat walaupun kebanyakan mereka sudah berkhidmat lebih 25 tahun. Mengulas lanjut, Omar berkata segala keluhan dan rintihan kakitangan awam peringkat rendah telah disampaikan kepada pemimpin-pemimpin Cuepacs dan mereka akan menyuarakannya kepada kerajaan. "Masalah yang kita bangkit bukan apa, masalah kerja lebih masa tidak dibayar," katanya.

-- BERNAMA

No comments: