Friday, March 20, 2009

Sila tinggalkan UMNO segera !!!

UMNO .. khurafat, tahyul, jin, bomoh adalah sinonim dengan parti UMNO. Budaya hendonisme cukup kuat. Lebih-lebih lagi amalan ilmu hitam bagi pilihan terakhir atau jalan pintas bagi mereka yang mahu mengejar kedudukan dalam UMNO.

Amalan kurang sihat dan jauh menyimpang serta tegahan agama inilah yang membudaya dalam budaya UMNO selain daripada politik wang.Kelmarin dalam Dewan Rakyat , ketua pembangkang DSAI telah membangkitkan tahap keselamatan PM. Bagiamana beliau dakwa boleh terdapat bawah meja PM dan TPM kertas-kertas yang menggambarkan seperti diatas. Ini memberi gambaran tahap kawalan keselamatan terhadap PM adalah longgar dan polos.

Maka di sini jelas yang mahu kita bangkitkan adalah pertama soal keselamatan , selain soal budaya jahat , matlamat menghalalkan cara. Bagaimana ilmu hitam dijadikan budaya popular yang jelas amat menjijikkan daripada segi etika moral apatah lagi ajaran agama Islam.

Jelas di sini, budaya mensyirik dan mensekutukan ALlah SWT, bergantung dan percayakan selian ALlah yang dapat memberi bekas, jelaslah mereka bersengkokol dengan syaitan dan iblis . dalam kerakusan mereka untuk mengejar tahkta dan harta.

Oleh itu, jelaslah selagi ia bernama UMNO..Inilah wajah sebenar UMNO. Justeru itu, kita kesian dan simpati dengan kalangan mereka yang baik-baik dalam perjuangan UMNO, akan turut ALlah persoalkan di akhirat kelak kerana mereka naik kapal atau bahtera yang sama, walaupun mereka tidak buat tetapi budaya pembawaan dan kapal adalah sama, mereka yang baik akan turut terpalit sama dan mereka juga tidak lepas akan dipersoalkan oleh ALlah di akhirat kelak. Oleh itu, sekali lagi kita minta mereka yang baik sila tinggalkan UMNO..segera !!!!!!

No comments: