Sidang DUN bawah pokok putuskan Nizar akan menghadap Sultan mohon bubar Dewan
03 Mar 2009 11:22AMIPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, bagi mempersembahkan keputusan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok sebentar tadi yang meluluskan usul pembubaran Dewan.
"Kami akan menyediakan beberapa dokumen perlu sebelum memohon untuk menghadap baginda Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas sidang tergempar DUN Perak itu selesai.
Sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan itu turut meluluskan undi percaya terhadap Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Ia dipengerusikan Speaker, V Sivakumar, dan dihadiri 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang lain.
Bagaimanapun, kesahihan sidang tergempar itu dipersoalkan. / BHM, Foto: Foto Shamsul Kamal Amarudin
BERITA BERKAITAN

Catat sejarah.. Dibawah pokok inilah sidang DUN Perak diadakan
No comments:
Post a Comment