Saturday, March 07, 2009

PPSMI: Mengapakah kita ada pimpinan yang dangkal ?

Kejutan daripada rakyat, bantahan PPSMI yang dikepalai oleh golongan pejuang bahasa mendapat sambutan luar biasa pada hari ini 7 Mac 2009 diibunegara bermula jam 2.30petang. Himpunan yang mensasarkan himpunan warga perihatin 100 ribu orang adalah manifestasi 'kekecewaan' rakyat dengan dasar-dasar kerajaan yang ada ini. Angka tersebut tercapai.

Rakyat turun kerana mereka 'terpanggil' bilamana himpunan bantahan PPSMI kali pertama diperlekeh dan disindir sinis oleh para pimpinan kerajaan yang diterajui UMNO. Himpunan kali ini jauh berganda warga perihatin berbanding sebelumnya. Ia digerakkan bersama oleh seluruh para pencinta bahasa, NGO yang perihatin serta parti politik yang perihatin.

Reaksi awal, PM telah meminta supaya isu ini dicari ramuan penyelesian segera dalam masa terdekat. Namun Menteri Pelajaran yang dangkal itu, masih berdolak dalik, bercakap penipu dengan membohongi dirinya. Bercakap tanpa beralas, kajian terperinci sudah dilaksanakan para cerdikpandai IPTA. Beliau masih bercakap lagu lama apabila diinterbiu pemberita sebentar tadi.

Pemimpin-pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara, dasar cacamarba, acuan kepala masuk asap. Inilah pimpinan kerajaan yang ada. Jika rakyat mengamuk itu ibaratnya adalah yang tidak kena. Jika anak-anak kita memberontak , tak mau makan, tak mahu itu dan ini, adakah seorang bapa boleh berdiam diri.


No comments: