Tuesday, March 10, 2009

PDRM cepat tutup kes ?

Slogan PDRM yang tergah adalah CEPAT CEPAT TELUS. Begitu sinonim dengan badang penguatkuasa. Dalam kes di bawah soal peluru, PDRM terus boleh buat rumusan membebaskan terus Pemuda UMNO. Cepatnya Jabatan Forensik dan Bahagian Jenayah Berat membuat siasatan. Kita akui memang cepat dan cekap serta telus.

Kumpulan yang hantar memo kepada YDPA, tempoh hari diuar-uarkan golongan tidak bertamadun. Maknanya atas mukabumi ini hanya orang UMNO sahaja lah manusia yang bertamadun. Apa tidak baru-baru ini satu dunia termasuk rakyat di AS sendiri berdemo ke jalan-jalanraya membantah serangan Israel ke atas Palestine. Justeru bagi nak menunjukkan UMNO dan orang-orang nya bertamadun mereka tidak berdemo tapi berkumpul berdiri di salah sebuah stadium di Selangor kecam dan kutuk Israel. Itu tamadun caragaya UMNO.

Berbalik isu peluru dakwaan Karpal Singh, yang menghantar adalah Pemuda UMNO. Setidak-tidak Polis siasat dulu, buat presedur yang betul, barulah rakyat percaya. Ini terus buat kesimpulan awal, bebaskan terus Pemuda UMNO. Siasatlah peluru tu dimana, jenis apa, beli dan kedai jual dimana, tentu punya jumpa..lah. Malaysia bukan luas sangat. Ini belum apa-apa fail belum buka, kes dah ditutup. Kalau rakyat biasa memiliki senjata bahaya hukuman mandotori MATI. Ke di malaysia ni, jual peluru aje pistol tak dak kot ?

...............
GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menolak pembabitan Pergerakan Pemuda Umno berhubung kiriman dua peluru kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh di rumahnya di sini, hujung bulan lalu.


Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakub, berkata sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang bukti pembabitan Pemuda berkaitan kes itu seperti didakwa Karpal.


No comments: