Wednesday, March 18, 2009

Jangan buat-buat heran dengan politik UMNO !!!

Tragedi ke perancangan menjadikan tragedi ataupun strategi yang tidak kena. Itu adalah asam garam dunia politik. Lebaih-lebih lagi dalam UMNO. Ada yang habis hayatnya bersama UMNO dan ada yang masih bertahan hayatnya dalam politik UMNO. Apa pun kesimpulan mereka yang ditimpa tragedi itu sudah 'kenyang' dalam politik UMNO. Cuma kata Dr M tengah sedap makan tapi tidak mahu berhenti.

Sebab kalau Ali Rustam ikut nasihat mentor dia, berhenti bila tengah sedap makan, maka cukup-cukuplah berpolitik dalam UMNO, tentu Ali tidak ditragedi macam ni. Dalam UMNO kita jangan mudah terkejut, kerana kejut mengejut ni adalah barang mainan UMNO. Mana ada pantang larang, halal haram, dosa pahala dalam UMNO.



Tragedi politik Mohd. Ali




KUALA LUMPUR - Lembaga Disiplin UMNO semalam memutuskan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bersalah atas tuduhan politik wang dan dilarang serta-merta daripada bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Kata putus itu diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn di sini semalam.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, siasatan yang dijalankan mendapati Mohd. Ali melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO.

"Beliau didapati bersalah dan membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO sahaja yang merujuk kepada Fasal 20.9 (c) Perlembagaan UMNO,'' katanya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadun Basirun dan dua pemimpin UMNO Bahagian Bukit Katil juga digantung keahlian selama tiga tahun kerana didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO.

Saadun yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil serta dua lagi pemimpin UMNO bahagian tersebut didapati bersalah di bawah Perkara 5.1.2, 5.5.1, 5.5.2 dan 5.6.1 Tataetika Ahli UMNO iaitu melakukan rasuah atau sogokan politik.

Dua lagi pemimpin yang terlibat dari negeri yang sama ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil, Rosli Hassan dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Katil, Zalina Ismail.

Lembaga Disiplin mendapati ketiga-tiga mereka melanggar Tataetika Ahli UMNO ketika berkempen untuk Mohd. Ali.

"Jadi, kesalahan yang dibuat oleh Setiausaha Politik dan ejen-ejen yang bagi duit, kempen, makan disifatkan dia (Mohd. Ali) juga bersalah tetapi dia tak buat pada ketika itu, dia kena beri penjelasan.




"Datuk Seri Mohd. Ali juga gagal memberi penjelasan yang sesuai, munasabah dan yang boleh dipercayai lembaga," kata Tengku Ahmad Rithauddeen sambil menambah kesalahan itu telah mula dilakukan pada saat mula pencalonan dilakukan dan ketika musim berkempen.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga didapati melakukan kesalahan yang sama dengan Mohd. Ali tetapi beliau hanya diberikan amaran.

Rasionalnya keputusan itu, menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, adalah kerana penglibatan ejen, pelobi, pengurus kempen atau undi dalam politik wang atau 'makan-makan' oleh pihak Khairy tidak berapa kukuh berbanding dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak Mohd. Ali.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo yang disiasat di bawah Perkara 5.1.2, 5.5, 5.6, dan 5.6.1 Tataetika Ahli UMNO pula didapati tidak bersalah.

Kata Tengku Ahmad Rithauddeen, daripada 29 kes yang disiasat oleh Lembaga Disiplin, 15 daripadanya didapati bersalah.

Ketua Pemuda Bahagian Kota Belud, Datuk Japlin; Salmah Pin (Bandar Tun Razak), Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi (Maran) turut digantung selama tiga tahun dari 12 Mac lalu atau satu penggal pemilihan selain Saadun, Rosli dan Zalina.

Sementara itu, Datuk Mokhtar Samad (Bandar Tun Razak), Datuk Abdul Manan Ismail (Paya Besar), Amran Mat (Kuala Krai) dan Mohd. Zuki Mohd. Zain (Gua Musang) pula digantung selama setahun bermula pada 12 Mac lalu.

Timbalan Ketua Bahagian Paya Besar, Datuk Sohaimi Mohamed Shah, Mohd. Zaili Besar (Paya Besar), Mohd. Shohaimi Jusoh (Paya Besar) termasuk Khairy didapati bersalah tetapi setakat diberi amaran.

Bagi kes melibatkan Ketua Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria, Tengku Ahmad Rithauddeen menegaskan kes itu diklasifikasikan di bawah tatacara jenayah dan hanya pihak polis yang berhak melakukan siasatan.

"Lembaga Disiplin merujuk kepada kesalahan etika, kesalahan jenayah kita tak terlibat," kata beliau.

Pada masa yang sama, beliau menolak dakwaan kononnya keputusan yang diputuskan lembaga itu terutama dalam kes Mohd. Ali dipengaruhi oleh pihak lain.

"Kita bebas, tiada siapa yang masuk campur dan mengganggu keputusan yang kita hakimi," tegasnya.

No comments: