Manusia yang paling malang adalah manusia yang tidak tahu dianya tidak tahu, manusia yang yakin dan percaya semua orang salah, manusia yang menganggap dirinya sahaja serba tahu serba sempurna. Manusia yang menganggap nasihatnya sahaja yang patut rakyat atau masyarakat terbanyak harus dengar.
Soal, derhaka raja, runtuh , fitnah, terikut agenda besar kumpulan tertentu, membandingkan 54 tahun dulu tiada rakyat baring atas jalan raya menghalang kenderaan raja, itu adalah manifestasi puncak rasa tidak puashati rakyatlah terhadap raja.
Taklah, signal itu Hishamuddin Tun Hussin tidak faham, sejarah Melayu Melaka pun hebatnya bagaimana P Ramlee paparkan dalam filemnya Sultan mahmud mangkat dijulang, yang merupakan kisah lagenda raja rakyat yang tersohor. Itulah sebab Hishamuddin kena mengajilah di Malaysia, adalah sikit Malaysia centeric dalam otak dia. Ini dia baca dan belajar sastera Inggeris di England mana dia tahu dengan cerita-cerita lagebda Melayu, mungkin dia faham Robin Hood, Willliam dan Robin yang lain-lain.
Sudah 54 tahun tiada Melayu yang derhaka (kecuali Dr M pada 2002) cabut imuniti raja, Ibrahim Ali dan anuar Musa tabal raja tengah padang sekolah. inilah beberapa siri penderhakaan Melayu kepada raja. Selepas itu tiada lagi penderhakaan.
Rakyat tidak akan gila baring tengah jalan tanpa sebab, Sultan Mahmud tidak akan mangkat tanpa sebab. Tetapi ingatlah Hishamuddin persetiaan antara rakyat raja melalui persetiaan Demang Lebar Daun mewakili rakyat dengan raja Sang Rajuna Tapa wajar dijadikan iktibar.
Usah lah Hishamuddin bermain dengan api. Usahlah memburuk perkara yang sudah buruk, usahlah membangkitkan perkara yang dah dibangkitlah sekian lama. Jangan-jangan cuba perbaharui pembohongan, jangan menjadi munafik dalam politik.
Agenda besar runtuhkan negara
KUALA LUMPUR 15 Mac – Pemuda UMNO yakin ada pihak tertentu yang sedang memainkan peranan dan mempunyai agenda besar bagi meruntuhkan keamanan dan kekuatan negara.
Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, agenda itu dapat dilihat melalui rusuhan, gerakan kumpulan, fitnah dan tindakan menghasut dan menghuru-harakan negara.
Katanya, agenda itu juga bertujuan melemahkan kekuatan institusi yang selama ini menunjangi kemerdekaan.
“Selama ini iaitu sebelum kewujudan pihak tertentu, tidak pernah ada anak Melayu yang tergamak baring di atas jalan untuk menghalang kenderaan raja.
“Anak Melayu selama ini tidak sanggup membaling batu ke arah rajanya sendiri dan tidak mungkin warga Perak biadab kepada raja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, katanya, Pemuda UMNO yakin golongan yang menderhaka itu terdiri daripada individu yang tidak sedar bahawa dirinya diperalat untuk memenuhi agenda besar pihak berkenaan.
Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO akan memastikan impian pihak tersebut untuk memecahbelahkan ahli, melaga-lagakan pemimpin dan melemahkan parti ketika ini tidak menjadi kenyataan.
“Kami akan mewujudkan gelombang kebangkitan Pemuda UMNO untuk menghalang niat buruk pihak berkenaan.
“Sepanjang kempen pilihan raya kecil di tiga kawasan iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air, kami akan menyedarkan generasi dan pengundi muda,” katanya.
Beliau berkata, generasi dan pengundi muda perlu sedar taktik kotor pembangkang yang mencampur-aduk maklumat benar dan separuh benar untuk mengelirukan serta memikat hati masyarakat.
Menurutnya, pemimpin Melayu yang sanggup diperalatkan untuk membuat tohmahan terhadap pemimpin adalah pengkhianat besar.

No comments:
Post a Comment